Piala Malaysia, Perlawanan Pertama JDT Menentang Kelantan FC

Hari ini, empat lagi perlawanan Piala Malaysia dari Kumpulan C dan D akan berlangsung untuk melengkapkan lapan aksi pertama edisi tahun ke 100 kali ini.

Antara perlawanan yang bakal mencuri perhatian adalah perhitungan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan bekas juara 2012, Kelantan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Sarawak United FC tundukkan Penang FC 3-1

GEORGE TOWN – Sarawak United FC mempamerkan aksi cemerlang apabila menundukkan Penang FC dalam perlawanan pembuka tirai Piala Malaysia kumpulan A sempena sambutan ulang tahun ke-100 trofi berprestij itu di Stadium Bandaraya di sini sebentar tadi.

TFC mudah atasi Kuching City 2-0

KUALA NERUS – Satu gol dalam setiap babak membantu Terengganu memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila mengatasi Kuching City 2-0 pada aksi Kumpulan B di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Selangor mula ‘Misi 34’ dengan langkah kanan

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC memulakan ‘Misi 34’ dengan langkah kanan selepas menewaskan Perak FC 1-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi.

KL City tumbangkan Tok Gajah di Cheras

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur (KL) City FC membuka kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan selepas menewaskan Sri Pahang FC 3-1 dalam aksi Kumpulan A di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

📊 KEDUDUKAN PERINGKAT KUMPULAN – PM1

Kedudukan pasukan kumpulan A dan B selepas perlawanan pembukaan #TMPialaMalaysia2021 malam ini.

3 mata pertama untuk Kuala Lumpur City, Sarawak United FC Official, Terengganu FC dan Selangor FC.

Komen Anda?