Piala FA, Johor Darul Ta’zim Berdepan Melaka United Suku Akhir

Road to final! 🏆 Berikut merupakan jadual suku akhir Piala FA 2022 dan laluan ke perlawanan akhir!

*Tiada aksi timbal balik bagi perlawanan suku akhir dan separuh akhir.

JDT, Melaka berentap lagi

Melaka United berdepan tugas berat di suku akhir Piala FA musim ini apabila diundi berdepan juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Di petik dari laman Berita Harian, Melaka United bagaimanapun akan memiliki kelebihan apabila aksi itu akan berlangsung di gelanggang mereka dengan tarikh perlawanan bakal diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Melaka United dan JDT baru sahaja berentap dalam saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Sabtu lalu yang menyaksikan skuad Hang Tuah berjaya mengikat Harimau Selatan 1-1.

Pencapaian terbaik JDT di pentas Piala FA adalah muncul juara pada 2016, sementara Melaka United pula belum pernah memenangi trofi itu dengan pencapaian terbaik mereka layak ke suku akhir pada 2018.

Dalam undian yang dijalankan hari ini, dua pasukan terbawah Liga Super, Sri Pahang dan Penang pula boleh dianggap lawan sepadan apabila kedua-dua akan berentap dalam satu lagi aksi suku akhir Piala FA.

Sri Pahang yang pernah menjulang Piala FA sebanyak tiga kali pada 2006, 2014 dan 2018 akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan kalah mati itu.

Sementara itu, baki dua lagi aksi suku akhir akan menemukan pemenang aksi pusingan kedua antara Terengganu FC (TFC) dan Kedah Darul Aman (KDA) dengan pasukan Kuching City, manakala Sabah menanti pemenang aksi Selangor dan KL City.

TFC akan berdepan KDA, esok di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk merebut slot suku akhir manakala Selangor pula menanti kunjungan KL City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jumaat ini. 

Undian Suku Akhir Piala FA

TFC/KDA mln Kuching City

Sabah mln Selangor/KL City

Melaka United mln JDT 

Sri Pahang mln Penang

Sumber : Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: