Petugas Kesihatan Beri Khidmat Dengan Penuh Kasih Sayang

KULAI, 23 Januari 2021 – YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba hari ini turun padang untuk melihat sendiri kesiapsiagaan operasi petugas-petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkhidmat di Pusat Kesihatan Daerah Kulai, Johor.

Photo by Kementerian Kesihatan Malaysia

Dr Adham melihat sendiri maklum balas operasi dan status pandemik semasa yang sedang diuruskan barisan hadapan KKM di sana. Petugas KKM di sana pantas melaksanakan tugas mereka seawal pagi hari lagi, bagi menguruskan situasi pandemik COVID-19. Frontliners daripada agensi-agensi dan kementerian lain juga turut sama membantu di PKD Kulai bagi melancarkan urusan masyarakat di sana.

Photo by Kementerian Kesihatan Malaysia

“Mereka sangat komited dan memberikan khidmat kepada rakyat dengan penuh kasih sayang dan tidak kenal erti putus asa. Mereka juga pantas dan terlatih untuk buat kerja yang terbaik”

Photo by Kementerian Kesihatan Malaysia

Terima kasih saya ucapkan. Pengorbanan anda semua amat besar sekali buat negara ini.” ujar Dato’ Sri Dr Adham Baba selepas melihat keseluruhan operasi di Pusat Kesihatan Daerah Kulai tadi.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Komen Anda?