Pertingkatkan Pemantauan Bagi Pastikan Rakyat Patuhi SOP Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam

Photo By : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SULTAN JOHOR: PERTINGKATKAN PEMANTAUAN BAGI PASTIKAN RAKYAT PATUHI SOP PEMAKAIAN PELITUP MUKA DI TEMPAT AWAM

DYMM Sultan Johor bertitah polis mempertingkatkan pemantauan bagi memastikan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memakai pelitup muka di tempat awam.

Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, pemakaian pelitup muka adalah penting bagi mencegah risiko jangkitan COVID-19.

“Sejak SOP ini dikuatkuasakan, saya melihat khususnya di Johor, polis sudah mula mengeluarkan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

“Rakyat tidak seharusnya memandang ringan pematuhan SOP ini, ketika kerajaan bersama jabatan serta agensi berkaitan bertungkus-lumus membendung penularan wabak COVID-19,” titah Baginda.

Baginda bertitah menegaskan dengan adanya pertambahan kluster-kluster baharu, maka rakyat perlu mengambil serius perkara ini.

Justeru, DYMM Sultan Johor bertitah pasukan polis pertingkatkan pemantauan di seluruh daerah di Johor bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP pemakaian pelitup muka di tempat awam.

SULTAN JOHOR: PERTINGKATKAN PEMANTAUAN BAGI PASTIKAN RAKYAT PATUHI SOP PEMAKAIAN PELITUP MUKA DI TEMPAT AWAMDYMM…

تم النشر بواسطة ‏‎Sultan Ibrahim Sultan Iskandar‎‏ في الاثنين، ٣ أغسطس ٢٠٢٠

Komen Anda?