fbpx

Pertandingan Gambar Bersama Sultan Johor Sehingga 21 Februari

PERTANDINGAN “GAMBAR BERSAMA SULTAN JOHOR”

Hantar satu keping gambar anda yang terbaik bersama DYMM Sultan Johor untuk memenangi hadiah menarik termasuk gambar anda ditandatangani secara peribadi oleh DYMM Sultan Johor.

Cara-cara dan syarat penyertaan disertakan di bawah.

PERTANDINGAN "GAMBAR BERSAMA SULTAN JOHOR"Hantar satu keping gambar anda yang terbaik bersama DYMM Sultan Johor untuk…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Isnin, 17 Februari 2020

JOHOR BAHRU – Rakyat berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi ‘Pertandingan Gambar Bersama Sultan Johor’ dan penyertaan dibuka sehingga 21 Februari ini.
Menerusi akaun rasmi Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda mempelawa rakyat Malaysia supaya menghantar gambar terbaik mereka bersama baginda.
Apa yang menariknya, 10 penyertaan terbaik akan menerima hadiah hebat termasuk gambar mereka akan ditandatangani secara peribadi oleh Sultan Ibrahim.
Bagi menyertainya, peserta harus menekan butang ‘like’ (tanda suka) pada laman Facebook baginda atau mengikuti akaun Instagram baginda @officialsultanibrahim, menekan butang ‘like’ mengenai pengumuman pertandingan itu sebelum berkongsikan berita tersebut di akaun Facebook masing-masing dengan meletakkan hashtag #sultanjohorkita dan ‘tag’ tiga rakan mereka.
Peserta juga dikehendaki menghantar sekeping gambar mereka bersama Sultan Johor ke Facebook Messenger Laman Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bagaimanapun penyertaan hanya diterima melalui Facebook Messenger baginda sahaja dan gambar yang dihantar melalui komen atau lain-lain medium tidak akan diterima.
Pastinya pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Sehingga kini status tersebut meraih lebih 2,200 tanda suka dan 486 perkongsian dari rakyat.

Sumber : Sinar Harian

Komen Anda?