Pertama Di Tenggara


JDT, sebuah kelab bolasepak yang bukan mencari sebuah alasan, tetapi sentiasa memikirkan jalan penyelesaian terbaik. Pemain menjadi aset utama kelab bolasepak. Dengan kebajikan pemain yang sentiasa di jaga rapi, kebajikan kewangan juga tiada masalah, pastinya itu menjadi suntikan semangat buat pemain. Kali ini, kelab bolasepak JDT terus membuktikan bahawa pemain menjadi aset utama dengan melancarkan Pusat Medikal & Kecergasan JDT.

Jadi, adakah pemain yang ‘fragile’ dan ‘injury prone’ akan menjadi masalah utama untuk kelab bolasepak JDT? Fikir-fikirkan.

Sebelum ini, kita telah dihidangkan dengan pusat latihan yang serba serbi lengkap. Itu pun sudah membuatkan penyokong seperti saya ‘awe’. Bila menonton video pelancaran secara virtual, sepasang mata terlekat kepada fasiliti-fasiliti yang di sediakan. Mungkin sebagai penyokong kita tidak tahu untuk apa fasiliti-fasiliti tersebut digunakan. Tapi saya percaya, satu hari nanti info tersebut akan dikongsikan kepada semua.

Bayangkan, pusat medikal & kecergasan ini dilengkapi dengan ‘juice bar’ di mana minuman dan makanan sihat akan disediakan untuk setiap pemain. Beberapa kelengkapan ‘infrared sauna’ dan ‘functional trainer’ akan di tambah seperti yang kita pernah lihat sebelum ini. Kita fokus kepada peralatan medikal ‘echocardiogram’. Alatan ini digunakan untuk membantu para doktor diagnosis keadaan jantung. Ditambah pula dengan ‘indoor running surface’ yang diperbuat daripada ‘high density polyethylene’ hanya untuk mengurangkan impak kepada sendiri ketika berlari.

Ini semua sudah cukup membuktikan betapa ‘detail’ kelab bolasepak JDT dalam segala serbi. Selaras dengan misi dan visi kelab, JDT akan sentiasa meletakkan penanda aras dan meningkatkan standard di dalam dan luar negara.

Wahai penyokong JDT, berbangga lah. Kelab bolasepak tercinta ini akan setanding dengan kelab bolasepak di luar negara. Dan ingat, kelab bolasepak JDT akan sentiasa menjadi yang pertama.

Pusat medikal & kecergasan JDT merupakan yang PERTAMA di Asia Tenggara.

Ikhlas seorang penyokong,
FK – Farkhan Khair

Komen Anda?