fbpx

Persiapan Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim

Acara yang ditunggu-tunggu iaitu pembukaan rasmi Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih


Sebentar tadi Pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja Johor berkongsi sebahagian gambar-gambar terkini untuk Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim yang pastinya stadium baharu ini bakal menjadi satu mercu tanda Johor yang akan di rasmikan pembukaan nya pada 22hb Februari 2020.

Kredit Foto: IG story HRH Crown Prince of Johor

Aset terbaharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berharga ini sedia untuk dirasmikan dengan penuh megah untuk menandakan satu lagi kebanggaan kelab dibawah kepimpinan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja. “Daulat Tuanku”

Proses Persiapan Terakhir Di Dalam Dan Luar Stadium Sedang Berjalan Lancar Untuk Pemeriksaan FAM & AFC Serta MFL Pada 18 & 19HB Ini.. Sebelum Pelancaran Rasmi Pembukaan Pada Sabtu 22 Feb 2020..

Komen Anda?