Kegagalan ini memang pahit, tapi pengajaran berguna – Maloney
Walaupun pulang dengan tangan kosong di Sukan Sea Vietnam, jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney tetap menganggap ia persiapan baik buat anak buahnya menjelang Kejuaraan AFC B-23, di Uzbekistan.
Di Petik Dari Laman Harian Metro, Jika berjaya meraih sesuatu di Hanoi, ia pasti akan meniup keyakinan untuk anak buahnya bagi mengharungi perlawanan lebih mencabar awal Jun ini, selepas mereka diundi bersama Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.
Bagaimanapun, jurulatih dari Australia itu memaklumkan lebih awal bahawa tiada sasaran pingat diletakkan dan mahu menjadikan pentas Sukan Sea sebagai persediaan terbaik untuk pasukannya bagi menghadapi Kejuaraan AFC B-23.
Skuad B23 negara tidak tewas dalam semua aksi 90 minit permainan di Sukan SEA Vietnam ketika mereka sekadar melakukan persiapan singkat bermula dengan 5 pemain dalam kem latihan pusat. Comeback stronger in Asia Cup U23 Uzbekistan. 💪🏼🇲🇾@ASTROARENA pic.twitter.com/ucw1sp1tfd
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 23, 2022
“Sejujurnya, ia satu persediaan cukup baik buat pasukan sebelum ke AFC B-23 di Uzbekistan dan segala yang berlaku di sini menjadi pengajaran berguna buat semua.
“Sangat pahit dan sukar untuk menerima kegagalan ini, tetapi kami perlu bersikap profesional kerana harus memberi fokus untuk kejohanan seterusnya.
“Kami bermain sepenuh hati dan bagi saya, pemain sudah bermain dengan baik dan saya bangga dengan apa yang ditunjukkan mereka.
“Memang mengecewakan apabila gagal membawa pulang pingat, tetapi saya tidak boleh salahkan prestasi dan kesungguhan ditunjukkan pemain. Mereka beraksi di luar jangkaan saya sepanjang enam perlawanan dalam masa 14 hari dilalui di sini (Hanoi),” katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Indonesia di Stadium Nasional My Dinh, semalam.
Skuad Harimau Muda Gagal Bawa Pulang Pingat Gangsa
Pada perlawanan merebut pingat gangsa itu, Indonesia terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ronaldo Joybera pada minit ke-68 sebelum penyerang negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak menyamakan kedudukan untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.
Namun kegagalan Hadi Fayyadh dan Luqman Hakim Shamsudin menyempurnakan sepakan itu memberikan kemenangan 4-3 kepada Indonesia.
“Kita sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol dalam tempoh 90 minit kerana menguasai hampir keseluruhan permainan, namun gagal melakukannya walaupun banyak peluang dicipta,” katanya. Sumber : Harian Metro
- Sepak Mula Liga Malaysia Pada Waktu Petang, MFL Kaji Cadangan
- Dua Gol Ifedayo Omosuyi Bantu Melaka Tewaskan Selangor FC
- Skuad B-19 Negara Memulakan Kempen Kejuaraan AFF B-19 Dengan Langkah Kanan
- Lukisan Mural Elemen Sejarah Naik Imej Bandar Maharani, Muar
- Sasar 3 Mata Penuh Berdepan Kemboja, Skuad B-19
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.