Permintaan Video Penuh Khas Untuk Yang Merindui Ainul Mardhiah

Assalamualaikum. Khas untuk yang rindu nak tengok ainul dan yang PM saya di FB, whatsapp minta saya record video ainul lama lama, katanya tak puas hati tengok ainul sekejap ?

Sambil sambil tengok wajah ainul ini, mohon doakan sekali buat kebaikan dirinya, mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan secara total buat ainul dan permudahkan proses rawatan selanjutnya.

Sebelum tuan puan tertanya mengapa muka ainul nampak bengkak dan bercalar;

1. Bengkak = Bengkak ini perkara normal berlaku selepas operation, lebih lagi entah berapa jahitan di muka dan leher ainul. Kata doktor, bengkak itu akan surut tapi mungkin ambil masa dalam seminggu dua.

2. Calar = Calar ini pun normal. Since kulit ainul ini sangat nipis dan lembut, ketika OP, kebiasaannya terkena peralatan2 tanpa sengaja. Tapi bukan lah kena toreh dan sebagainya. Kata doktor, ini perkara biasa lagi lagi kulit ainul ini lembut dan nipis. So jangan risau ye ?

Selain pembedahan yang terlalu berisiko, untuk membawa ainul ke sini juga adalah salah satu risiko yang besar perlu untuk ainul tempuhi.

Tahukah anda, 3 hari selepas ainul tiba di sini, Dia terus dimasukkan ke PICU kerana infection? Bacaan oksigennya dari 100% turun ke 50% serta merta, Ainul tiba tiba jadi sesak nafas dan keluar darah dari mulutnya.

Ya, mengikut kata doktor, Ainul kena infection disebabkan perjalanan yang panjang dan berada lama di dalam kapal terbang.

Keputusan Xray mendapati seluruh tubuh badannya dipenuhi virus ( 80% putih ) bermaksud dalam badannya tidak ada udara kerana telah dipenuhi virus.

Jadi, jika kami dikatakan membuat keputusan untuk ke sini kerana mengikut hawa nafsu kami, maka tuduhan itu adalah tidak berasas kerana untuk membawa ainul ke sini pun satu risiko yang besar buat dirinya.

Alhamdulillah, seminggu pertama ainul betul betul struggle lawan infection berkenaan dan dia berjaya!

Status Facebook Ahmad Safiuddin berhubung kesihatan anaknya yang semakin baik.

LONDON – Bayi istimewa, Ainul Mardhiah hari ini sudah boleh bernafas sendiri dan tidak memerlukan bantuan oksigen lagi.

Khabar gembira dan perkembangan terkini itu dikongsikan sendirinya bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dalam laman Facebooknya kira-kira sejam lalu.

Facebook Comments