Permaisuri Johor Rasmi “The Caring Home”

PERMAISURI JOHOR RASMI ‘THE CARING HOME’ DI WAD HEMATOLOGI TUNKU LAKSAMANA JOHOR HOSPITAL SULTANAH AMINAH

DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan merasmikan ‘The Caring Home’ di Wad Hematologi Tunku Laksamana Johor, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru hari ini (14 Julai).

Wad Hematologi telah dirasmikan oleh Baginda Permaisuri Johor pada tahun lalu.

‘The Caring Home’ – oleh Pizza Hut serta sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Mutiara Johor Corporation dikenali sebagai ‘Hut To Heart” dengan kerjasama HSA.

Kemudahan kebajikan seperti tempat istirehat yang lebih baik kepada para penjaga dan kakitangan perubatan dibina untuk meningkatkan kualiti penjagaan pesakit di wad tersebut.

Terdahulu, keberangkatan tiba Permaisuri Johor disambut oleh Pengerusi Mutiara Johor Corporation merangkap Pengerusi Jawatankuasa Projek ‘The Caring Home’, Datin Noor Laila Yahaya.

Permaisuri Johor kemudian berkenan menyerahkan cenderahati daripada Pizza Hut kepada 20 pesakit di wad itu dan melawat kemudahan yang dibina dibawah projek tersebut.

Baginda juga berkenan menandatangani plak perasmian ‘The Caring Home’.

Facebook Comments