Permaisuri Johor Mencemar Duli Menziarah Kubur Allahyarhamah Wahida

PERMAISURI JOHOR MENCEMAR DULI MENZIARAHI KUBUR ALLAHYARHAMAH WAHIDA BINTI ABDUL RAHMAN

DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli menziarahi kubur Allahyarhamah Wahida binti Abdul Rahman di Tanah Perkuburan Islam Saleng, hari ini (8 Februari).

Keberangkatan tiba Tuanku Permaisuri disambut oleh Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Amin Bersama Isteri ,Pengarah Yayasan Warisan Johor (YWJ), Sharil Nizam Bin Abdul Rahim dan Pentadbir Tanah Daerah Kulai Tuan Haji Syed Norulshahril Bin Syed Nasir Bersama Isteri .

Tuanku Permaisuri turut berkenan membaca surah Yassin, tahlil serta mengaminkan bacaan doa yang dipimpin oleh Kadi Daerah Kulai, As Syeikh Haji Amir Bin Mohd Noor sebelum menyiram air mawar di pusara Allahyarhamah.

Allahyarhamah Wahida merupakan bekas penyanyi di Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan telah menghembuskan nafas terakhir pada 5 Februari lalu selepas bergelut menghidap penyakit kanser payu dara sejak tahun 2016 dan meninggalkan suami, En Ismail Bin Bahari serta tujuh anak berumur di antara empat hingga 21 tahun.

Kami di Pejabat Daerah Kulai mendoakan agar roh Allahyarhamah Wahida Binti Abdul Rahman ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

PERMAISURI JOHOR MENCEMAR DULI MENZIARAHI KUBUR ALLAHYARHAMAH WAHIDA BINTI ABDUL RAHMAN DYMM Permaisuri Johor, Raja…

Posted by Pejabat Daerah Kulai,Johor on Jumaat, 7 Februari 2020

Al-Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Komen Anda?