Permaisuri Johor Kurnia Alatan Perubatan Kepada Pesakit Kanser Remaja

DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor yang merupakan Pengerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) telah berkenan untuk mengurniakan sebuah kerusi roda dan katil pesakit berserta tilam angin kepada Adik Abdul Azim Mohd Rohazar, 15 yang sedang berjuang melawan Kanser Osteosarkoma (Tulang).

Kurniaan peribadi oleh DYMM Permaisuri Johor itu sedikit sebanyak diharap dapat memudahkan urusan beliau serta memberi keselesaan yang sebaiknya.

Peralatan keperluan tersebut berserta bantuan Susu Ensure Gold daripada YKTLJ telah disampaikan oleh YB Kol. Dato’ Mohamed Perang Bin Haji Musa, Pengarah Eksekutif YKTLJ pada 29 Jun 2020 di rumah Adik Abdul Azim, Bukit Siput, Segamat.

Turut hadir sama pada sesi penyerahan tersebut ialah Encik Mat Han Kassim, 48 yang juga merupakan seorang pejuang kanser dan ahli Kumpulan Sokongan Kanser YKTLJ yang telah banyak membantu dalam memberi sokongan kepada para pejuang kanser khususnya di daerah Segamat.

DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor yang merupakan Pengerusi Yayasan Kanser Tunku…

تم النشر بواسطة ‏‎Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation‎‏ في الاثنين، ٢٩ يونيو ٢٠٢٠