fbpx

Perlu Dapatkan Rawatan Jika Mengalami Simptom Influenza-Like illness

Murid dan Warga Sekolah yang dijangkiti atau mempunyai simptom Influenza-Like illness.

89 murid di Johor dijangkiti influenza

JOHOR BAHRU, 12 Jan — Seramai 89 murid di negeri ini dijangkiti influenza setakat 1.30 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) Azman Adnan berkata Johor Bahru mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 56 murid diikuti Kulai (15), Tangkak (enam), Kluang (lima), Muar (lima), Batu Pahat (satu) dan Pontian (satu).

Menurutnya berdasarkan data yang diperoleh daripada rawatan kesihatan di pusat kesihatan kerajaan mahupun swasta itu, murid yang dijangkiti terdiri daripada prasekolah serta sekolah rendah dan menengah.

Bagaimanapun, Azman berkata tiada penutupan kelas atau sekolah setakat ini.

“Persekolahan berjalan seperti biasa. Bagi satu atau dua kes perlu ikut prosedur operasi standard (SOP) sekolah iaitu buat pembersihan kelas.

“Manakala, bagi kes yang melibatkan jumlah sehingga memerlukan kelas atau sekolah ditutup (keputusan) akan dibuat bersama pejabat kesihatan berkaitan. Namun, setakat ini di Johor tidak perlu,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah melakukan tindakan awal bagi menangani isu berkenaan dengan sentiasa berhubung dengan pejabat kesihatan untuk mengetahui maklumat dan tindakan lanjut berhubung perkara itu.

“Surat pekeliling mengenai isu berkenaan juga telah diedar dan kita juga sentiasa menunggu laporan terkini daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah mengenai keadaan murid.

“Malah kita juga memastikan pihak sekolah mempunyai penyaring suhu badan untuk mengesan murid yang demam,” katanya.

Azman berkata murid atau warga sekolah yang mempunyai simptom influenza juga tidak dibenarkan hadir ke sekolah.

“Sekiranya mereka hadir, perlu dibawa pulang dan mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital terdekat. Jika tidak, mereka akan diasingkan di dalam bilik khas atau bilik sakit.

“Begitu juga murid-murid yang tinggal di asrama atau di sekolah berasrama penuh, mereka juga akan diasingkan daripada penghuni asrama yang lain sehingga mereka sembuh sepenuhnya,” katanya.

Sumber : BERNAMA

INFLUENZA | 200 Kes Simptom Influenza Di Seluruh Negara

Simptom jangkitan Influenza terus meningkat di seluruh negara dengan mencatatkan 200 kes setakat ini.

Johor merekodkan jumlah kes simptom Influenza Like Illness (ILI) iaitu 89 kes, Pulai Pinang 62 kes, manakala Negeri Sembilan 49 kes.

Sementara itu, Pahang merekodkan 5 kes disahkan dijangkiti Influenza, iaitu 4 kes influenza A dan 1 influenza B.

Komen Anda?
Related Post
Semua Masjid Dan Surau Di Johor Akan Mengadakan Solat Sunat Hajat Memohon Dijauhkan Dari Penularan Wabak Influenza

Influenza: Semua masjid buat solat hajat Jumaat ini JOHOR BAHRU - Semua masjid dan surau Read more

Al-Fatihah, Adik Nur Dinie Damia Telah Kembali Kepada Penciptanya

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Read more

Rumah Baru Harimau Selatan

Melihat semula gambar ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja merasmikan Majlis Read more

Salam Takziah Buat Ahli Keluarga Pengasas Kicap Jalen

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un" اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ Read more