fbpx

Perlawanan TFC, NS Dimulakan Dengan Sesi Bertafakur Bagi Memperingati Pemergian Penjaga Gol Skuad Penyu

ONE MINUTE SILENCE SEBELUM SEPAK MULA PADA MALAM INI

Pihak Terengganu Football Club telah membuat permohonan pada pihak Malaysian Football League (MFL) untuk mengadakan tafakur atau one minute silence sebelum sepak mula bagi perlawanan diantara Terengganu FC menentang Negeri Sembilan FA pada malam ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak MFL yang telah bersetuju dalam memberikan laluan buat kami melaksanakannya.

INSYALLAH SEMANGAT JUANG ALLAHYARHAM SUFFIAN RAHMAN TETAP MENJIWAI RAKAN-RAKAN SEPASUKAN DALAM MENERUSKAN PERJUANGAN PASUKAN PADA MALAM INI!

Piala Malaysia: Perlawanan TFC, Negeri Sembilan bertafakur

KUALA TERENGGANU – Perlawanan Piala Malaysia 2019 melibatkan Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan malam ini dimulakan dengan sesi bertafakur bagi memperingati pemergian penjaga gol skuad Penyu, Allahyarham Mohd Suffian Abd Rahman, yang meninggal dunia akibat serangan jantung petang tadi.

Sesi yang berlangsung selama seminit itu menyaksikan para pemain dan penyokong yang memenuhi Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah berdiri dan membacakan al-Fatihah serta bertafakur bagi menzahirkan rasa sedih atas kehilangan penjaga gol yang berpengalaman itu.

Allahyarham Mohd Suffian, 41, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.10 petang ini dan dikebumikan 6.50 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Banggol Pauh di Kuala Nerus.

Pada 1 Ogos lepas, penjaga gol yang menyertai TFC sejak 2017 itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kerana masalah jantung.

Bagaimanapun selepas beberapa hari berada di hospital, Allahyarham stabil dan dibenarkan pulang untuk membuat rawatan susulan. – Bernama

Sumber : Kosmo Online

KEPUTUSAN MASA PENUH PERLAWANAN PM3 PIALA MALAYSIA 2019

Komen Anda?
Related Post
Safawi Rasid Mengetuai Viking Clap Bersama Penyokong Negeri Kelahirannya Semalam

Johor Darul Ta’zim berjaya menundukkan Terengganu FC 4-1 dan seterusnya mara ke separuh akhir dengan Read more

Cantik Sepakan Percuma Safawi Rasid!! JDT Lebarkan Penguasaan Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2019

Tahniah JDT, pasukan pertama ke separuh akhir Piala Malaysia. 4 gol JDT untuk separuh masa Read more

Tahniah Johor Darul Ta’zim II Yang Layak Ke Perlawanan Akhir Challenge Cup 2019!!

KEPUTUSAN MASA PENUH PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEDUA CHALLENGE CUP 2019 Tahniah Johor Darul Ta’zim Read more

“Saya Gembira Kami Mencatat Gol Di Tempat Lawan Malam Ini” – Corbin Ong

PIALA MALAYSIA 2019 - QUARTER-FINALS 1ST LEG | 21 SEPTEMBER 2019 TERENGGANU FC [0-1] JDT Read more