fbpx

Perlawanan Piala Sumbangsih Diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) Menentang Kedah

Perlawanan Piala Sumbangsih diantara juara Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang juara Piala FA 2019 iaitu Kedah yang berlangsung di stadium baharu bakal menjadi perlawanan tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Perlawanan Sumbangsih JDT-Kedah pembuka tirai Liga-M 2020

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Perlawanan Piala Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim, dan juara Piala FA Kedah, di Stadium Sultan Ibrahim Larkin, Iskandar Puteri pada 28 Feb ini, menjadi pembuka tirai kepada saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2002.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memaklumkan, saingan Liga Super dan Liga Premier, masing-masing akan melibatkan 12 pasukan dengan setiap pasukan bermain 22 perlawanan (11 sebagai pasukan tuan rumah dan 11 sebagai pasukan pelawat), dan kedua-dua liga berkenaan akan berlangsung dari Februari hingga Julai.

“Perancangan ini dibuat selepas MFL mengambil kira jadual pertandingan Liga Juara-Juara Asia 2020, Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Piala AFF 2020, serta Kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi pasukan kebangsaan.

“Selain daripada itu, tarikh-tarikh undian dan perlawanan Piala FA 2020, turut diambil kira dalam penyediaan jadual Liga Malaysia musim ini,” demikian menurut MFL.

JDT layak secara automatik ke saingan kumpulan Liga Juara-Juara (ACL) selaku juara bertahan Liga Super, manakala Kedah dijadualkan berhadapan wakil Hong Kong, Tai Po di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada aksi pusingan kedua kelayakan ACL pada 21 Jan ini, bagi memburu slot ke saingan kumpulan ACL.

Mengulas lanjut, MFL menjelaskan saingan Liga-M 2020 akan diteruskan pada bulan Ramadan seperti beberapa musim terdahulu, iaitu melibatkan tujuh perlawanan secara keseluruhan iaitu, masing-masing tiga perlawanan Liga Super dan Liga Premier, selain satu aksi Piala FA (suku akhir pertama).

“Setiap pasukan dijadualkan sekurang-kurangnya memperolehi dua hari perjalanan dan rehat di antara setiap perlawanan. Bagi pasukan Johor Darul Ta’zim dan Kedah (sekiranya layak) yang dijadualkan bermain dalam kelayakan ACL, kedua-dua pasukan akan menerima sekurang-kurangnya dua hingga tiga hari perjalanan dan rehat.

“Semua pasukan yang dijadualkan bermain sebagai pasukan tuan rumah atau pelawat, tidak melebihi dua perlawanan berturut-turut bagi setiap pusingan,” jelas MFL.

Pentadbir Liga Malaysia itu memaklumkan saingan Liga-M akan berehat semasa ‘FIFA Days’ bagi memberi peluang kepada skuad Harimau Malaya mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa dan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sementara itu, MFL mendedahkan tiga venue baharu bakal digunakan pada saingan Liga-M 2020, iaitu Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri (JDT), Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu FC) dan Stadium UKM Bangi (UKM FC).

Enam pasukan pula akan berkongsi stadium yang sama untuk saingan Liga-M 2020.

Pasukan-pasukan berkenaan adalah PDRM (Liga Super) dan Kuala Lumpur (Liga Premier) yang menggunakan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras; dua pasukan Liga Premier — Kuching FA dan Sarawak (Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching), selain dua lagi pasukan Liga Premier iaitu Kelantan dan Kelantan United, yang bakal menggunakan Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.

Pada masa sama, MFL turut mengingatkan pasukan Liga-M yang berhasrat untuk menggunakan beberapa venue lain, supaya dapat membaikpulih serta menaik taraf lampu limpah sehingga mencapai tahap pencahayaan 1,200 lux, bagi membolehkan ia digunakan untuk aksi pada waktu malam.

BERNAMA

JADUAL LIGA SUPER MALAYSIA 2020 – JOHOR DARUL TA’ZIM

*Dari 28 Februari hingga 3 April 2020

TARIKH-TARIKH PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM DALAM LIGA JUARA-JUARA AFC 2020

Komen Anda?
Related Post
CIMB Penaja Utama Liga Super Malaysia Dan Piala Sumbangsih

CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB” atau “Kumpulan CIMB”) telah menandatangani perjanjian penajaan dengan Malaysian Football Read more

Pegawai Perlawanan Wanita Dipilih Untuk Mengadili Perlawanan Liga Malaysia 2020

Kerjaya sebagai pengadil bola sepak di mungkin tidak dianggap sehebat pemain atau jurulatih bola sepak. Read more

Sekilas Pandang AR Photobooths Di Stadium Sultan Ibrahim

Terdahulu, Laman media Rasmi iaitu JOHOR Southern Tigers telah melakukan pengumuman stadium baharu mereka iaitu Read more

Majlis Perasmian, Dapatkan Pas Masuk Zon A Dan Zon B Percuma Bermula Hari Ini

Ayuh beramai-ramai kita meriahkan detik bersejarah Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim pada 22hb Februari 2020. Read more