Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Pertama JDT Menentang Home United

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pertama mereka menentang Home United di Stadium Baru JDT iaitu “Stadium Sultan Ibrahim”

FIRST INTERNATIONAL CLUB FRIENDLY AT SULTAN IBRAHIM STADIUM

JDT 4-0 Home United (SIN)

3′ Gonzalo Cabrera

12′ Diogo Luis Santo

72′ Syafiq Ahmad

83′ Liridon Krasniqi

Gol awal pada minit ke-3 Cabrera. Wow…

Gonzalo Cabrera merupakan pemain import JDT yang telah beraksi sejak tahun 2017 sehingga kini. Pemain yang berkelahiran Argentina-Iraq ini antara pemain yang sentiasa memberi komitmen terbaik di atas padang.

Dengan kredibiliti yang ada, kelajuan dan kelincahan ketika memegang bola antara faktor utama pemain import ini sentiasa memberi ancaman buat pasukan lawan. Musim 2019 Cabrera telah mencetak 11 GOL dalam kesemua perlawanan saingan Liga Super Malaysia.

Turut kelihatan menyaksikan perlawanan Lukas Podolski Bersama-Sama DYAM Tunku Mahkota Ismail.

Photo by : JOHOR Southern Tigers

Para penyokong Merah Biru dan tidak ketinggalan semua peminat bola sepak seluruh tanah air pastinya teruja untuk bertandang serta menikmati aura dan atmosfera stadium baharu Harimau Selatan.

PS:- Tengok gambar Stadium keseluruhan padang dah terasa bahang ye.. Rasa macam nak pergi je skrg…

Facebook Comments