fbpx

Perlawanan JDT & Felda United Diadakan Secara Tertutup

PERLAWANAN JDT MENENTANG FELDA UNITED AKAN DIADAKAN SECARA TERTUTUP BERDASARKAN KEPUTUSAN FAM EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

Mereka yang membeli tiket online perlawanan JDT menentang Felda United boleh membuat pilihan sama ada menebus kembali atau dikreditkan untuk pembelian akan datang di TicketHotline. Kaunter tiket di Stadium Sultan Ibrahim pula kekal tidak dibuka.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan bahawa kesemua perlawanan domestik yang berlangsung minggu ini akan diadakan secara tertutup manakala semua perlawanan bermula hari Isnin akan ditunda sehingga makluman selanjutnya.

Sila hubungi pihak pengurusan tiket untuk maklumat lanjut mengenai penebusan. Kami di Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim kesal atas sebarang kesulitan yang telah berlaku.

Hidup Johor Demi Johor

Info Dari TicketHotline

Berikutan pengumuman oleh pihak FAM dan MFL berkenaan COVID-19, pembeli yang telah membeli tiket perlawanan CIMB Liga Super minggu ini secara online di www.tickethotline.com.my mempunyai dua pilihan berikut:

  1. Tickethotline akan memberikan NOTA KREDIT/CREDIT NOTE yang akan dikreditkan ke akaun Tickethotline pembeli di mana pembeli boleh menggunakan NOTA KREDIT/CREDIT NOTE tersebut untuk membuat pembelian tiket pada masa akan datang.
  2. PEMBAYARAN BALIK (REFUND). Bagi pembeli yang mahukan PEMBAYARAN BALIK, sila emelkan butiran berikut ke [email protected]

Subject:

Nama:
No IC:
No Tel:
No Akaun Bank:
Nama Bank:

Berikutan pengumuman oleh pihak FAM dan MFL berkenaan COVID-19, pembeli yang telah membeli tiket perlawanan CIMB Liga…

Posted by Tickethotline on Khamis, 12 Mac 2020

Komen Anda?