Perlawanan Bola Sepak Bukan lah Dibatalkan Terus Tetapi Ditangguhkan – Pak Long

Pak Long teliti pelbagai komen yang diutarakan warganet berkenaan penganjuran bola sepak.

Pak Long faham kemarahan beberapa penyokong bola sepak yang merasakan ketidakadilan kerana perlawanan bola sepak adalah dilarang sepanjang PKPB.

Izinkan Pak Long menerangkan sedikit mengapa perlawanan bola sepak tidak boleh dilaksanakan agar tidak timbul salah faham berpanjangan mengenai perkara ini.

Dalam perlawanan bola sepak, penjarakan sosial adalah mustahil malah berlaku pertembungan dan bersentuhan di atas padang lebih-lebih lagi dalam keadaan berpeluh.

Semestinya perlawanan bola sepak melibatkan beberapa negeri dan akan melibatkan pergerakan rentas negeri.

Di dalam bilik persalinan juga sukar di kawal SOP dan begitu juga sewaktu ke tempat perlawanan dengan bas. Pastinya persentuhan akan berlaku.

Banyak bahayanya kepada pemain bola sepak itu sendiri dan juga krew-krew yang terlibat dalam perlawanan bola sepak.

Perlawanan bola sepak ini bukan lah dibatalkan terus tetapi ditangguhkan sehingga tamat PKPB.

Bukan lah Pak Long hendak melarang sebarang aktiviti sukan. Tidak. Pak Long faham ramai rakyat Malaysia meminati sukan dan menjadikan sukan bola sepak sebagai pilihan tontonan utama. Pak Long sendiri pun penyokong Pahang FA dan #kekalsetia menyokong Chelsea FC.

Tetapi keputusan ini diambil bagi mengambil kira pelbagai aspek yang jelas untuk kebaikan bersama.

Lagipun rakyat sudah dimaklumkan dalam PKPB, pertandingan berpasukan tidak dibenarkan. Sukan SUKMA juga dibatalkan secara sukarela.

Fikirkan juga keselamatan dan nyawa pemain-pemain bola sepak kita.

‘Pak Long faham, kerajaan hanya tangguhkan bukan batalkan’

Kuala Lumpur: Keputusan kerajaan untuk menangguhkan perlawanan bola sepak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibuat selepas mengambil kira bahaya kepada pemain dan krew terbabit.

Menteri Kanan (Kluster Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai peminat bola sepak dia memahami perasaan dan kemarahan peminat sukan nombor satu negara itu.

Beliau yang juga mesra disapa Pak Long berkata, perlawanan bola sepak itu bukanlah dibatalkan tetapi hanya ditangguhkan sehingga tamat PKPB.

“Bukan Pak Long hendak melarang sebarang aktiviti sukan. Tidak. Pak Long faham ramai rakyat Malaysia meminati sukan dan menjadikan sukan bola sepak sebagai pilihan tontonan utama. 

“Pak Long sendiri pun penyokong Pahang FA dan #kekalsetia menyokong Chelsea FC,” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook, hari ini.

Menurutnya, perlawanan bola sepak, penjarakan sosial adalah mustahil malah berlaku pertembungan dan bersentuhan di atas padang terutamanya lagi dalam keadaan berpeluh.

Beliau berkata, rakyat sudah dimaklumkan dalam PKPB, pertandingan berpasukan tidak dibenarkan, malah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) juga dibatalkan secara sukarela.

“Keputusan ini diambil bagi mengambil kira pelbagai aspek yang jelas untuk kebaikan bersama,” katanya.

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk menangguhkan perlawanan bola sepak membabitkan liga tempatan sepanjang PKPB.

Komen Anda?