fbpx

Perasmian Stadium Sultan Ibrahim Pada 22 Februari 2020

Alhamdulillah… Teruja untuk melihat keindahanya yang bakal menjadi antara mercu tanda terbaru Johor Darul Ta’zim

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti yang diketahui bakal menggunakan stadium baharu mereka mulai musim 2020, Stadium Sultan Ibrahim, selain sudah memiliki ibu pejabat sendiri untuk beroperasi dengan lebih efisyen.

JDT dalam laman Facebook rasminya, Johor Southern Tigers, menyatakan Stadium Sultan Ibrahim Akan dirasmikan Pada 22 Februari 2020.

PERASMIAN STADIUM SULTAN IBRAHIM – 22 FEBRUARI 2020

Acara yang ditunggu-tunggu iaitu pembukaan rasmi Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih — ‘Home of the Southern Tigers’ — akan berlangsung pada 22 Februari 2020.

Aset terbaharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berharga ini sedia untuk dirasmikan dengan penuh megah untuk menandakan satu lagi kebanggaan kelab dibawah kepimpinan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja.

Bagi penyokong yang hadir dan mendapatkan jersi pada pelancaran baru-baru ini, setiap pembelian akan disertakan dengan pass percuma untuk perasmian Stadium Sultan Ibrahim. Selain itu anda boleh menjadi penyumbang kepada Yayasan JDT seterusnya berpeluang memiliki pass Perasmian.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan DUA keping pas masuk istimewa ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim pada…

Posted by Yayasan JDT on Sabtu, 1 Februari 2020

Seperti yang sedia maklum, JDT akan menjadi tuan rumah kepada Kedah untuk perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2020 pada 28 Februari akan datang.

Perlawanan tersebut secara tradisinya akan mempertemukan juara Liga Super dan juara Piala FA, dan dijadikan sebagai perlawanan pertama Liga Super sejak beberapa musim yang lalu.

Kepada penyokong-penyokong JDT pula menuntut kesetiaan dan sokongan penuh kita semua di stadium baharu nanti. TMJ dan JDT sudah lakukan macam-macam untuk kita dan sudah pasti inilah masa untuk kita balas segalanya.

This Is Johor Darul Ta’zim

Luaskan Kuasamu Johor.

Komen Anda?
Related Post
Sekilas Pandang AR Photobooths Di Stadium Sultan Ibrahim

Terdahulu, Laman media Rasmi iaitu JOHOR Southern Tigers telah melakukan pengumuman stadium baharu mereka iaitu Read more

Majlis Perasmian, Dapatkan Pas Masuk Zon A Dan Zon B Percuma Bermula Hari Ini

Ayuh beramai-ramai kita meriahkan detik bersejarah Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim pada 22hb Februari 2020. Read more

Rumah Baru Harimau Selatan

Melihat semula gambar ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja merasmikan Majlis Read more

JST Keluarkan Pelan Tempat Duduk Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim

Alhamdulillah… Teruja untuk melihat keindahanya yang bakal menjadi antara mercu tanda terbaru Johor Darul Ta’zim Read more