Perak & JDT Berkongsi Mata Di Ipoh

Perlawanan bola sepak antara pasukan Perak dan JDT telah menyaksikan JDT seri 2-2 menentang Perak. Ramai yang memberi respon positif, dan tak kurang juga yang memberi kata negatif. Adat perlawanan, biasalah ada kalah, menang dan seri. apapun tahniah JDT bangkit selepas ketinggalan 2-0. ❤️💙

2021 MALAYSIA SUPER LEAGUE

PERAK [2-2] JDT
(Guilherme De Paula 34′, 58′)
(Akhyar Rashid 74′ / Leandro Sebastián Velázquez 90’+3(pen)

Pemain JDT, Akhyar Rashid meraikan jaringannya pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, sebentar tadi. – Photo by JOHOR Southern Tigers

Perak-JDT berkongsi mata di Ipoh

Permulaan tempo separuh masa pertama yang agak perlahan menyaksikan kedua-dua pasukan bersifat berhati-hati dalam merencanakan serangan.

Jaringan pertama Perak berjaya terhasil menerusi Guilherme de Paula yang menyumbat pasukan hantaran Izzudin Roslan menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

JDT mengasak mencari jaringan penyamaan namun separuh masa pertama berakhir dengan 1-0.

Usaha skuad kendalian Benjamin Mora mendapatkan jaringan membuka peluang buat Perak melakukan serangan apabila De Paula sekali lagi menemui ruang untuk melepaskan rembatan daripada luar kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Akhyar Rashid mencetus inspirasi JDT untuk mengejar permainan apabila mengurangkan defisit jaringna pada minit ke-74 sebelum Leandro berjaya mengikat jaringan dalam masa kecederaan menerusi sepakan penalti.

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS5

Photo by MFL

11 mata dari 5 perlawanan, merupakan satu pencapaian baik sebelum liga berehat. Sudah pasti perlawanan ke 6 Liga Super Malaysia menentang Melaka FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 2 April 2021, ditambah pula dengan kebenaran penyokong setia hadir ke Stadium bakal meniup tambahan tenaga buat skuad Harimau Selatan. P:s Harap sangat aku dapat tiket online kali nie.. Rindu SSI

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP5

Photo by MFL

Luaskan Kuasamu Johor

Kita Jumpa Melaka United 2 April (SSI)

 209 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?