Perak II Tewas, JDT II Lonjak Ke Tangga Keempat

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) melakar kemenangan selepas menjinakkan PERAK II pada aksi di Stadium Perak, Ipoh, Sebentar Tadi.

PERAK II [0-2] JDT II
(Irfan Fazail 70’ / K. Daryl Sham 90’)

JDT II benam Perak FC II

IPOH – Dua jaringan pada babak kedua membolehkan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengatasi Perak FC II 2-0 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak, sebentar tadi.

Dengan kemenangan ini, anak buah Rafael Francisco Sanchez mengukuhkan kedudukannya dalam carta liga, manakala anak buah Syamsul. Saad trrus kekal di dasar liga .

Dalam perlawanan tadi, Perak seperti dijangka lemas dalam asakan pelawat selama 25 minit.

Dalam tempoh itu, JDT menguasai permainan sepenuhnya hingga memaksa Perak bertahan.

JDT II menghidu peluang pertama seawal minit ketujuh, tetapi rembatan kencang Fernando Rodriguez pada jarak 20 meter hanya menggegar palang gol.

Pemain itu sekali lagi dinafikan jaringan apabila sepakan percuma singgah di palang.

Perak II cuba memberi saingan melalui serangan balas Ghislain Guessan tetapi tiada sokongan menyebabkan gerakannya mudah dipatahkan benteng JDT II.

Pelawat meneruskan ancaman pada babak kedua dan seminit saingan berlangsung Daryl Sham K K George menyaksikan percubaannya terkena tiang.

Fernando akhirnya berjaya menyudahkan gerakan pelawat tetapi jaringannya pada minit ke-66 dibatalkan kerana ofsaid.

Namun, penantian JDT menjaringkan gol berakhir apabila sepakan lencung Irfan Zainal dari sepakan percuma terus menerjah ke dalam gawang pada minit ke-70.

Perak cuba bangkit tetapi segala usaha mereka menemui jalan buntu. Sebaliknya, Daryl Sham menebus kehampaannya apabila menjaringkan gol kedua JDT pada minit ke 89 untuk melenyapkan cabaran tuan rumah. – K! ONLINE

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP16

Terengganu FC membawa pulang tiga mata menerusi jaringan Dechi N’Guessan, David da Silva dan Rahmat Makasuf.

Terengganu kembali kejar JDT, dipisahkan hanya lapan mata

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS17

Next Game JDT #LS18 | JDT vs SABAH FC

Komen Anda?