Perak FC Tewas kepada JDT II

JDTII terus memberi tekanan kepada pendahulu Kelantan FC selepas menewaskan Perak FC 1-0 dalam aksi Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang malam ini.

JDT II [1-0] PERAK
(Feroz Baharudin 45’+2)

JDT II kecewakan Perak

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) mengekalkan kedudukan di tangga kedua selepas menang tipis 1-0 menewaskan Perak FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, di sini sebentar tadi.

Ia kemenangan bermakna buat skuad kendalian Marion Echeverria selepas hanya mampu mencatatkan keputusan seri pada tiga aksi lalu dan masih tetap mengekori Kelantan FC yang kekal di tangga teratas dengan mengumpul 35 mata dan dipisahkan lima mata dengan JDT II.

Pada aksi itu, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi berintensiti tinggi dengan masing-masing menyusun strategi untuk memburu gol dan percubaan Perak FC menerusi sepakan percuma Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-13 terus ke dakapan penjaga gol, Mohamad Rozaimi Rahamad.

Peluang terbaik tuan rumah membuka tirai jaringan hadir pada minit ke-19 selepas bola sepakan lintang Levy Madinda namun Guilherme De Paula yang berada di posisi terbaik gagal menyambar bola untuk melakukan penyudah tepat.

Johor Darul Ta’zim II mencatat kemenangan ketujuh berturut-turut hasil jaringan Feroz Baharudin pada minit 45+2′.

Walaupun mempertaruhkan De Paula mengemudi jentera serangan buat JDT II tapi kelibat pemain naturalisasi itu sepanjang babak pertama nyata tidak berfungsi apabila gagal memperaga aksi terbaik malah langsung tidak terbabit dalam usaha memburu gol.

Ketika aksi babak pertama memasuki minit kecederaan, JDT II akhirnya memecah kebuntuan selepas bola sepakan percuma Moussa Sidibe tepat kepada Feroz Baharuddin yang sempat menampan bola menewaskan penjaga gol, Zamir Selamat.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Yusri Che Lah yang tersentak dengan gol tuan rumah tampak mula mengatur serangan bagi memburu gol penyamaan tapi gandingan Feroz dan Junior Eldstal ampuh mengemudi benteng pertahanan.

Persembahan lesu yang dipamerkan De Paula menyaksikan Eccheverria mengambil keputusan untuk menggantikan pemain itu pada minit ke-62 dan memasukkan Gabriel Nistelrooy Anak Tamin bagi menguatkan semula jentera serangan dan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan. Sumber : Berita Harian

Johor DT II dan Kelantan FC dibezakan 5 mata dengan perbezaan 1 perlawanan buat JDT II

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER -LP15

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?