Perak FC Tetap Berjuang Walaupun dibelenggu Pelbagai Masalah

NAMA Perak bukanlah asing dalam dunia bola sepak tanah air, malah satu ketika dahulu The Bos Gaurus antara pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga-M), namun kini mula merudum ke tahap terburuknya.

Dalam era kelab tempatan sedang mengukuhkan nilai profesionalisme melalui proses penswastaan, Perak pula dilanda isu kewangan antaranya dibelenggu hutang lapuk selain bergelut dengan masalah.

Kini PERAK FC tetap bermotivasi tinggi setelah menumpaskan Selangor FC 2 di Stadium Perak sebentar tadi biarpun dibelenggu pelbagai masalah di luar padang.

Pertemuan menentang Selangor FC 2 merupakan aksi ketiga Perak FC dalam saingan Liga Premier musim ini selepas dua kekalahan awal, masing-masing kepada PDRM FC (1-3) dan TFC II (0-3).

Perak bangkit raih kemenangan pertama

IPOH: Perak FC bangkit dalam baki lima minit permainan untuk mengecewakan Selangor II 2-1dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak, sebentar tadi.

Dua jaringan pemain simpanan Mohd. Farid Khazali pada minit ke-88 dan ke-90 membolehkan The Bos Gaurus mengutip mata penuh pertamanya.

Dipetik dari UTUSAN ONLINE, Begitupun, anak-anak buah Yusri Che Lah hanya mampu bergembira untuk seketika kerana tiga mata itu hilang sekelip mata berikutan tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terhadap pasukan itu.

Ipoh Aksi pasukan Perak FC menentang Selangor FC 2 pada saingan Liga Premier Malaysia 2022 di Stadium Perak malam ini.
Keputusan penuh Perak FC menang 2-1
📸 Zulfadhli Zulkarnain/BERNAMA

Tuan rumah di ambang kekalahan apabila George Tetteh Atram meledak gol Selangor ketika permainan berbaki 10 minit.

Dalam perlawanan yang bermula sejam lewat daripada biasa kerana bulan Ramadan, kedua-dua pasukan berbalas serangan tetapi gagal mencipta peluang.

Tuan rumah yang memburu kemenangan pertama selepas mengalami dua kekalahan, mempamer semangat juang tinggi di hadapan kira-kira 600 penonton.

Saingan 45 minit pertama berlangsung seimbang untuk pasukan terikat tanpa jaringan ketika wisel rehat dibunyikan.

Babak kedua menyaksikan Perak meningkatkan persembahan.

Usaha mereka berhasil tetapi jaringan K. Pavithran pada minit ke-50 tidak dikira kerana ofsaid.

Peluang keemasan tuan rumah menjelma lagi pada minit ke-58 tetapi Muhammad Aqil Hilman gagal menewaskan penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Selangor turut tidak berdiam diri apabila mencipta peluang tetapi gagal disudahkan. – UTUSAN ONLINE

📊 KEDUDUKAN – LP4

Tahniah kepada semua pemain Perak Fc yang berkerja keras untuk mempastikan kemenangan malam ini. walaupun 3mata berharga hilang pada malam ini kome semua bermain bersungguh-sungguh.

JDT Lakar Kemenangan Ke Atas UiTM FC

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?