Penyokong JDT Mula Banjiri Stadium Sultan Ibrahim

Penyokong setia pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mula membanjiri perkarangan Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri seawal pukul 4 petang bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala FA JDT bertemu Penang FC, malam ini.

Untuk makluman Semua tiket untuk perlawanan separuh akhir Piala FA antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penang FC telah habis dijual.

Kelihatan Penyokong yang membanjiri stadium juga ternyata amat teruja dan dihiasai dengan pelbagai gelagat terutamanya penyokong tuan rumah.

Selain daripada kehadiran penyokong, Di luar stadium beberapa booth menjual Pakaian turut disediakan untuk para penyokong.

Sementara itu, aspek keselamatan turut ditekankan pasukan tuan rumah dengan kehadiran ratusan anggota dan pegawai pasukan keselamatan.

Kehadiran pasukan polis itu juga sudah pasti membantu setiap pengurusan dan kawalan penyokong bagi memastikan perlawanan ini berjalan lancar.

Mengambil dari petikan laman Harian Metro, Penggempur utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri enggan memandang rendah keupayaan Penang FC apabila kedua-dua pasukan itu bertembung pada aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Bekas pemain kelab Serie A, Udinese itu menyifatkan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan ibarat pasukan `the silence killer’ (pembunuh senyap) yang mampu menidakkan peluang JDT melangkah ke final Piala FA buat kali ketiga, walaupun pasukan itu kini berada di tangga tercorot Liga Super.

Bagi Forestieri, kedudukan liga bukan gambaran pasukan itu lemah sebaliknya mereka mampu menyerlah seandainya JDT bersikap sambil lewa pada aksi kalah mati itu.

Dia bertekad memberi persembahan terbaik buat skuad Harimau Selatan untuk mara ke pentas final dan cuba mengulangi pencapaian skuad itu menjuarai Piala FA pada musim 2016.

Selain perlawanan JDT berdepan Penang FC Hari ini, satu lagi perlawanan separuh akhir iaitu Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, esok.

Sebagai rekod, saingan Piala FA kembali mewarnai kancah bola sepak tempatan sejak penularan pandemik COVID-19 yang menyaksikan edisi 2020 terpaksa dibatalkan sebelum tidak dianjurkan pada musim 2021.

Sokongan padu para penyokong sangat penting bagi menaikkan semangat pemain selain mewujudkan tekanan terhadap lawan.

Buat para penyokong, satukan hatimu, tinggikan sorakanmu demi Johor. Sama-sama kita patuhi SOP yang ditetapkan dan kekalkan disiplin bermula dari rumah hingga kembali semula ke rumah. Ayuh Johor, tunjukkan pada lawan siapa penyokong JDT yang sebenar.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?