Penyokong JDT Bersemangat Ke Bukit Jalil

Stadium Nasional Bukit Jalil bakal kembali bergema dengan sorakan ribuan penyokong sebagai gelanggang rasmi perlawanan akhir antara Kuala Lumpur (KL) City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT), pasukan mana akan bergelar juara pada perlawanan akhir ulang tahun ke-100 Piala Malaysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam ini.

Kekuatan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim tentunya selain diletakkan di bahu pemain, barisan kejurulatihan serta pengurusan, turut dibantu dengan semangat serta sokongan tidak berbelah bahagi para penyokong Harimau Selatan.

Dalam bola sepak, penyokong adalah paling utama dan kehadiran mereka cukup penting dalam memberikan semangat kepada pemain-pemain ketika beraksi,

Johor Darul Ta’zim (JDT) menempah tiket ke final Piala Malaysia selepas menjinakkan Sang Penyu 3-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim.

Dua jaringan Bergson Da Silva dan satu gol dihasilkan Gonzalo Cabrera membolehkan Harimau Selatan menang dengan agregat 4-1.

Manakala Kuala Lumpur City FC mencipta sejarah tersendiri mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Melaka 5-3 menerusi sepakan penalti pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput tempoh hari.

Namun begitu, setiap penyokong yang hadir perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Jangan lupa mengamalkan Penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna.

PDRM juga mengingatkan penyokong-penyokong yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam esok agar lebih bertanggungjawab dalam mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan keselamatan dan kelancaran aksi final

Sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021, Rapid KL melanjutkan perkhidmatan LRT di Stesen Bukit Jalil sehingga jam 1 pagi!

Bagi peminat yang tidak berjaya mendapat tiket perlawanan itu, mereka masih boleh menonton di TV1, Sukan RTM, unifiTV 701 & 702, unifi playTV dan YouTube!

Apapun berharap final malam nanti diwarnai kualiti permainan bermutu dan pengadil perlawanan yang mengadili perlawanan itu juga perlu konsisten bagi menjamin rentak permainan tidak terjejas,”.

Photo : FB Gate C Supporters

#LuaskanKuasamuJohor

Komen Anda?
%d bloggers like this: