Penyokong Dibenarkan Ke Stadium Bulan Hadapan

Peminat bola sepak negara akan dibenarkan hadir ke stadium untuk menonton perlawanan saingan Liga Malaysia (MFL) bermula 1 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu juga meliputi kehadiran penonton ke stadium bagi semua kejohanan sukan dengan beberapa syarat.

Beliau berkata, bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hanya 10 peratus kapasiti penonton atau 2,000 orang dibenarkan, dan untuk kawasan PKP Pemulihan (PKPP), 25 peratus kapasiti penonton atau 8,000 orang dibenarkan.

Akhirnya penyokong dibenarkan ke stadium

Kuala Lumpur: Lebih setahun hanya boleh menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen, penyokong bola sepak negara akhirnya boleh melepaskan kerinduan masing-masing apabila kerajaan membenarkan kemasukan penonton ke stadium berdasarkan kapasiti venue dan status terkini kawasan masing-masing. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, ahli jawatankuasa mesyuarat menerusi persetujuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membenarkan kehadiran penonton ke stadium menerusi standard operasi prosedur (SOP) yang ketat. 

Beliau berkata, kebenaran kehadiran penonton mengikut status kawasan berkenaan iaitu lokasi dalam status perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) hanya dibenarkan 10 peratus atau maksimum 2,000 penonton saja.

Katanya, kawasan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) pula dibenarkan lebih ramai penonton iaitu 25 peratus kapasiti stadium dengan maksimum kehadiran adalah 8,000 penonton. 

“Kebenaran ini akan berkuatkuasa 1 April dengan dua perlawanan dalam Liga Malaysia akan dibenarkan dulu sebagai percubaan untuk menilai keberkesanan protokol penonton. 

“Di samping itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM akan memantau dan membuat penilaian pematuhan protokol yang ditetapkan terutama membabitkan aspek pergerakan serta penguraian ketika perlawanan itu nanti.

“Antara SOP lain perlu dipatuhi adalah tiket hanya dijual secara atas talian, berkenaan dengan pas bermusim cara pengambilan, KBS akan umumkan nanti,” katanya, dalam sidang media sebentar tadi. 

Selain itu, beliau berkata, jarak antara penonton adalah 1.5 hingga dua meter sekali gus perlu dipatuhi oleh setiap penonton nanti. 

“Jualan di stadium membabitkan jualan makanan dan barangan hanya dibenarkan dalam stadium saja manakala yang lain pula atau baru buka tidak dibenarkan,” katanya. 

Sementara itu, dua perlawanan percubaan nanti adalah membabitkan perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Melaka FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 2 April dan Kuala Lumpur City FC bertemu Sabah FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 3 April.

Sumber : Harian Metro

 49 Total Views,  2 Views Today

Komen Anda?