fbpx

Penyerang JDTII Rozaimi Akui Bukan Mudah Untuk Mendapatkan Momentum Di Atas Padang

Penyerang Johor Darul Ta’zim II Rozaimi Abd Rahman akui bukan mudah untuk mendapatkan momentum di atas padang selepas sekian lama berdepan kecederaan akibat kemalangan, 4 tahun lalu.

Ikuti sedikit perkongsian daripada Rozaimi bagaimana dia bergelut untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama sejurus berakhir Final 1 Challenge Cup 2019 menentang UKM FC, Jumaat lalu.

Rozaimi menyumbang “assist” untuk gol tunggal pasukannya malam itu. Mampukah JDT II mempertahankan kelebihan agregat mereka pada perlawanan Final 2, Sabtu ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras?

#ChallengeCup2019

Komen Anda?