Penyampaian Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor

Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin, telah menyampaikan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada enam penerima di Mukim Pulau-pulau, Tenggaroh, Jemaluang, Tenglu, dan Endau, pada petang tadi.

Penerima pertama, Norpizah Binti Hussin, 54 tahun, surirumah, menghidapi penyakit kronik diabetes. Tinggal di Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi.

Penerima kedua, Muzlan Bin Kasman, 66 tahun, pesara kakitangan awam, menghidapi Stroke. Beliau tinggal bersama dua anaknya di Lot 4986, Jalan Haji Ariffin, Endau.

Penerima ketiga, Mohd Hairul Faqis Bin Salleh, 32 tahun, tidak berkerja, OKU dan menderita Gout Akut. Beliau tinggal Bersama isteri dan 4 orang anaknya di No. 72, Jalan Air Papan, Kampung Air Papan Tengah, Mersing.

Penerima keempat, Tan Hon Hee, 77 tahun, tidak berkerja, buta dan isterinya menghidapi kanser. Beliau tinggal di No. 255, Jalan Cina, 86810 Jemaluang, Mersing bersama isteri dan anaknya.

Penerima kelima, Morni Binti Ahmad, 67 tahun, tidak berkerja, menghidapi Stroke. Beliau tinggal di No. 365, Felda Tenggaroh 01 bersama suami dan dua anak nya.

Penerima keenam, Kartini Binti Timan, 66 tahun, tidak berkerja, juga menghidapi Stroke. Beliau tinggal di No. 6, Jalan Seraya 5, Felda Tenggaroh 01, bersama suami dan seorang anaknya

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Puan Norhaslinda Binti Mohd Surandi, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, En. Wirarinnata Bin Sadikin, Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) Daerah Mersing, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.

Kami berharap sumbangan DYAM TMJ ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keenam enam keluarga penerima ini.

MENJUNJUNG KASIH TUNKU

“π™ˆπ™€π™π™Žπ™„π™‰π™‚ π˜½π™€π™π™Žπ™„π™ƒ π™†π™€π™Žπ˜Όπ™”π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰ π™†π™„π™π˜Ό”

2 MAC 2021 | SELASA

Sumber : Pejabat Daerah Mersing

Daulat Tuanku

 33 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?