Penutupan Sementara Muzium & Galeri di bawah pentadbiran Yayasan Warisan Johor

Notis Penutupan Sementara Muzium & Galeri di bawah pentadbiran Yayasan Warisan Johor berkuatkuasa 09 November 2020 hingga 06 Disember 2020 sebagai langkah keselamatan kesihatan awam susulan wabak Covid-19.

Photo by YWJ

Muzium dan Galeri YWJ ditutup sementara

Johor Bahru : Muzium dan Galeri di bawah kendalian Yayasan Warisan Johor (YWJ) ditutup bermula 9 November lalu hingga 6 Disember. 

Pengarah Yayasan Warisan Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, penutupan itu sebagai langkah keselamatan awam susulan wabak Covid-19. 

Menurutnya, ia membabitkan tiga Muzium dan tiga Galeri. 

“Muzium Kota Tinggi, Muzium Mersing, Muzium Tokoh di Johor Bahru, Galeri Tenun Johor, Galeri Seni Johor dan Galeri Dato’ Onn di Batu Pahat di bawah kendalian YWJ ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

“Semua Muzium dan Galeri terbabit sudah menjalani pensanitasi awam sebelum ia ditutup.

“Orang ramai diminta tidak berkunjung di kawasan terbabit buat sementara waktu. Bagaimanapun, mereka boleh melihat beberapa artifak terpilih secara maya menerusi YouTube YWJ,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sharil Nizam berkata, notis penutupan sementara itu sudah dibuat menerusi laman sosial dan pagar muzium serta galeri terbabit.

Komen Anda?