Penjaga Gol JDT, Farizal Marlias Akui Cabaran Tetap Getir

JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2019 PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEDUA

Jangan lupa saksikan perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2019 yang akan berlangsung esok!

Farizal akui cabaran tetap getir

JOHOR BAHRU: Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias mengakui akan berdepan cabaran lebih getir berdepan Selangor pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam esok.

Dia yang juga kapten Harimau Malaya menuntut rakan sepasukan lebih berhati-hati sepanjang 90 minit perlawanan dan mengelak daripada melakukan kesilapan mudah yang boleh menyukarkan impian skuad Harimau Selatan mara ke final.

Katanya, walaupun menewaskan skuad The Red Giants 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Larkin, Sabtu lalu, bekalan dibawa ke Shah Alam tampak tipis dan skuad kendalian B Sathiananthan mampu bangkit jika ruang diberi kepada mereka.

“Tetap mencabar, lebih lagi kami akan beraksi di gelanggang mereka, namun peluang tetap ada dan perlu memperkemaskan lagi apa jua kelemahan ketika aksi separuh akhir pertama malah sepanjang latihan sebelum menentang Selangor, perancangan taktikal yang ampuh sudah dibuat.

“Pemain juga lebih bersedia untuk berdepan Selangor. Kita tahu mereka akan datang menyerang habis-habisan untuk memburu kemenangan dan saya berharap rakan sepasukan memberi sepenuh fokus pada perlawanan nanti.

“Sebagai penjaga gol, saya juga kena bersedia daripada aspek mental dan fizikal. Kekuatan Selangor saya tidak nafikan, mereka ada kelebihan dan saya tidak boleh leka walaupun sesaat untuk berusaha memastikan gawang tidak bolos.

Farizal juga optimis segala persiapan dilakukan selepas aksi separuh akhir pertama tampak berjalan lancar malah setiap pemain tidak mahu melepaskan beraksi dengan konsisten bagi memburu kemenangan.

Tambahnya, kerjasama antara benteng pertahanan yang sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain jelas menguatkan lagi posisi itu dan persefahaman jitu semenangnya sudah lama dibentuk sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M).

Sumber : Berita Harian

Ayuh Merah Biru ramai-ramai berikan sokongan yang padu kepada skuad Harimau Selatan

Komen Anda?