fbpx

Pengurusan Juventus FC Telah Memberi Taklimat Kepada Delegasi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT)

KOLABORASI JDT-JUVENTUS: ‘THE OLD LADY’ KONGSI RAHSIA KEMAMPANAN DAN PEMBANGUNAN JENAMA DENGAN DELEGASI JDT

Pengurusan Juventus FC telah memberi taklimat kepada delegasi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengenai kemampanan dan pembangunan jenama di Ibu Pejabat Juventus sebagai sebahagian daripada kerjasama Harimau Selatan dengan gergasi Itali tersebut.

Taklimat mengenai kemampanan dan pembangunan jenama itu masing-masing disampaikan oleh Pengurus Kemampanan dan Hubungan Luar, Andrea Maschietto dan Pengurus Jenama, Daniele Lunazzi.

Delegasi lawatan JDT ini, yang sebelum ini telah diberi taklimat mengenai pengkomersilan stadium, akademi dan pembangunan teknikal, berada di Turin minggu ini selepas pertemuan antara DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja dan pengerusi Juventus, Andrea Agnelli pada bulan Mac lalu. Luaskan Kuasamu Johor.

Komen Anda?