Penguasaan Johor Darul Ta’zim (JDT) Dalam Liga Super, Tidak Dapat Disangkal Lagi

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tajuk utama akhbar di negara ini selepas kemenangan 2-0 ke atas Kedah dalam saingan Liga Super Malaysia pada hari Ahad lalu.

Agensi berita tempatan melaporkan keunggulan JDT ke atas pasukan lain dalam persaingan merebut kejuaraan Liga Super – yang keenam untuk JDT jikalau berjaya – menyerlahkan konsistensi kelab dan kemaraan berterusan mereka ke arah memperbaiki dan menetapkan piawaian baru.

JDT kini mendahului 13 mata dari Pahang, yang mempunyai kurang satu perlawanan, di kedudukan teratas carta liga dengan berbaki tujuh perlawanan. Pasukan di tempat ketiga, Kedah yang diikuti Selangor dan Melaka berada 17 mata di belakang Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor.

STATISTIK GOL BERDASARKAN MINIT DAN PENJARING GOL – JOHOR DARUL TA’ZIM

*setakat 26 Mei 2019

Bagaimana jika JDT tidak mahu kejuaraan liga?

Sejak lima tahun lalu, penguasaan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Malaysia (Liga-M), khususya Liga Super, tidak dapat disangkal lagi.

Jelas penjenamaan semula yang dilakukan pada 2013 — daripada Johor FC — memberikan pulangan lumayan buat skuad dengan gelaran Harimau Selatan itu.

Penguasaan itu masih tidak dapat dibendung lagi musim ini.

Selepas 15 perlawanan, JDT kini gah di tangga teratas Liga Super dengan 39 mata — 13 mata di depan pencabar terdekat, Pahang, yang berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Andai mempertahankan kejuaraan musim ini, JDT akan meraikan kejuaraan liga keenam berturut-turut.

Ia bukanlah satu kejayaan kecil memandangkan sepanjang sejarah Liga-M, tiada satupun pasukan yang berjaya meraih kejuaraan dalam tiga musim berturut-turut, malah rekod lima kejuaraan itu terlalu jauh dan hampir mustahil untuk dikejar mana-mana pasukan lain.

Sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004, hanya tiga pasukan berjaya meraih dua kejuaraan berturut-turut, iaitu Kedah (2006-07, 2007-08), Selangor (2009, 2010) dan Kelantan (2011, 2012).

Namun, bagaimana pula jika JDT tidak mahu lagi meneruskan penguasaan mereka dalam liga musim ini?

Mungkin sebahagian daripada anda akan menganggap ia sebagai tidak masuk akal dan mengarut.

Ada benarnya juga kerana mustahil sesuatu pasukan itu bertanding tanpa mengharapkan kejuaraan.

Namun, anggaplah ia sebagai hiburan semata-mata dan mungkin juga untuk meningkatkan semangat pasukan-pasukan lain agar dapat terus menyaingi skuad Harimau Selatan itu sepanjang baki musim ini.

Jika JDT tidak mahu mempertahankan kejuaraan mereka musim ini, mereka hanya perlu tewas lima daripada tujuh perlawanan terakhir sambil mengharapkan Pahang konsisten untuk hanya tewas sekali dalam baki aksi.

Dengan itu, JDT akan menamatkan musim di tempat kedua dengan 45 mata sambil Pahang bergelar juara dengan 47 mata.

Lebih drastik lagi jika JDT mahukan seteru mereka, Kedah — yang kini di tangga ketiga — untuk muncul juara musim ini.

Jika keadaan itulah yang diinginkan, mereka perlu tewas kesemua baki perlawanan musim ini — atau setidak-tidaknya meraih keputusan seri tidak lebih daripada tiga kali — sambil turut mengharapkan Pahang juga melalui nasib sama.

Jika itu terjadi, Kedah akan muncul juara dengan 43 mata dan JDT di tangga kedua dengan 39 hingga 42 mata.

Bagaimanapun, kedua-dua hipotesis itu hampir mustahil untuk terjadi.

Pancaran bunga api di Stadium Larkin sebaik JDT menewaskan Kedah 2-0 malam kelmarin sudah menggambarkan keraian awal kejuaraan liga mereka musim ini.

Seharusnya kejayaan JDT itu dicemburui oleh pasukan-pasukan lain agar ia dapat dijadikan pemangkin semangat untuk terus mencabar kewibawaan pasukan itu dalam musim-musim yang akan datang.

Sumber : Stadium Astro

GOL TERBAIK JOHOR DARUL TA’ZIM – APRIL & MEI 2019

Komen Anda?