Penghormatan Terakhir Ke Atas Mendiang Konst Nicholester

JohorBahru, 01 November 2020 – YDH CP DATO’ AYOB KHAN BIN MYDIN PITCHAY, Ketua Polis Johor telah hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang KONST NICHOLESTER DADUP ANAK UNGGAT, di Balai Polis Bandar Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) sebelum mendiang dihantar pulang ke Sibu, Sarawak.

Turut hadir sama memberi penghormatan terakhir, YDH DCP DATO’ KHAW KOK CHIN, Timbalan Ketua Polis Johor, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah Wilayah Iskandar, Pegawai-Pegawai Kanan serta anggota-anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

TRAGEDI | Anggota Polis Maut Kejar Kereta Penjenayah

Mayat mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat, yang maut dalam nahas membabitkan kenderaan unit peronda MPV polis awal pagi tadi, akan diterbangkan esok untuk disemadikan di Sibu, Sarawak.

 42 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?