Penghormatan Terakhir Buat Mendiang Koperal Baharuddin Ramli

PKPB #COVID-19 #Op_Benteng

[UPDATE] POSTING PILIHAN: PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT MENDIANG KOPERAL BAHARUDDIN RAMLI

Alor Setar, 24 November 2020 – Upacara penghormatan terakhir buat mendiang Koperal Baharuddin Ramli, Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) telah dihadiri oleh Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Hasanuddin Hassan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, petang tadi.

Koperal Baharuddin terkorban akibat cedera parah selepas terkena tembakan musuh semasa menjalankan tugas mengawal keselamatan di sempadan Malaysia – Thailand dalam Op Benteng, awal pagi tadi.

Terdahulu, jasad mendiang diarak dalam keranda sebelum dibawa masuk ke kenderaan dengan penuh istiadat kepolisan sambil disaksikan oleh barisan pegawai dan anggota dari PGA yang turut serta memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.

Mayat mendiang Koperal Baharuddin akan dibawa ke Kem Batalion 3 (Senoi Praaq), di Bidor, Perak bagi penghormatan terakhir sebelum disemadikan di kampungnya di Bahau, Negeri Sembilan pada hari esok.

Sumber: Polis Kedah

StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Ebit Lew Ziarah mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban ditembak saat menjaga sempadan negara

Sebak sayu rasa hati tadi ziarah mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban ditembak saat menjaga sempadan negara. Seorang lagi cedera Koperal Norihan. Sebak mendengar pengorbanan mereka berjuang. Saya ziarah beri sedikit sumbangan buat keluarga. Mendiang asal orang asli suku semelai negeri sembilan. Beliau non Muslim.

Syukur tadi bersama Ketua Polis Kedah Dato Hasanuddin memberi penghormatan pada pejuang negara. Terharu sebak masa berbual dengan Dato Hasanuddin. Baik dan rendah diri orangnya. Sebak melihat pengorbanan Polis. Kerja Polis 24 jam. Tiada beza siang malam melainkan cuma ada bulan dan matahari.

Semoga keluarga kuat dan tabah. Semoga Allah jagakan semua mereka barisan hadapan negara kita.

Photo By Polis Kedah
Buat seluruh warga PDRM, sentiasa cekalkan semangat dan kuatkan azam.

[Video] Suami tinggalkan kami sebagai wira negara – Isteri

TAPAH, 24 Nov — Kematiannya sangat menyedihkan, tapi saya berbangga kerana suami meninggalkan kami ketika bertugas untuk keamanan dan keselamatan negara, dia seorang wira, kata isteri mendiang Kpl Baharuddin Ramli yang terkorban selepas terkena tembakan penjenayah di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi tadi.

Relow Ko, 48, berkata beliau dimaklumkan mengenai insiden yang menimpa suaminya itu kira-kira pukul 4.30 pagi tadi oleh seorang rakan yang datang ke rumahnya di kompleks perumahan Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor di sini, hari ini.

https://www.bernama.com/bm/am/news.ph…

Komen Anda?