Penghormatan Kepada Bekas Pemain JDT Safee Sali

Bagi menghargai jasa dan bakti Safee Sali yang pernah bersama JDT, satu slot khas di berikan kepada beliau untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir sebelum perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim malam semalam.

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim turut memberi penghormatan kepada bekas pemain JDT Safee Sali, yang bersara daripada arena bola sepak minggu ini.

Safee, yang beraksi untuk JDT antara musim 2013 hingga 2016, memenangi tiga Kejuaraan Liga Super Malaysia, dua Piala Sumbangsih, satu Piala FA dan juga Piala AFC yang berprestij pada 2015 ketika bersama-sama Harimau Selatan.

Photo From FB

Beliau telah berbakti dalam arena bola sepak selama 20 tahun dan cemerlang meraih 76 kaps bersama skuad kebangsaan. Sejak 2006 hingga 2017, Safee berjaya menjaringkan sebanyak 23 gol bersama Harimau Malaya.

Selamat Bersara Safee Sali!!! Terima Kasih Lagenda atas segala keringat dan khidmat bakti anda di dalam sukan bolasepak Malaysia.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.