fbpx

Penghargaan Kepada Dermawan, Rakan Sumbang Keperluan Ventilator Dan Peralatan Perubatan

SULTAN IBRAHIM ZAHIR UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA DERMAWAN, RAKAN SUMBANG KEPERLUAN VENTILATOR DAN PERALATAN PERUBATAN

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan pelbagai peralatan perubatan dan keperluan bagi kegunaan hospital-hospital di Johor menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Baginda Tuanku Sultan mengurniakan 19 unit ventilator kepada kegunaan Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru dan 24 unit ventilator bagi Hospital Kluang termasuk 200 bantal dan cadar.

Manakala, tambahan 60 bantal dan cadar diberikan kepada Hospital Permai di Tampoi.

Selain itu, DYMM Sultan Johor turut berkenan memberikan sumbangan berupa peralatan perlindungan diri serta ‘Biological Isolation Chamber kepada petugas perubatan.

Penyumbang utama barangan ialah Ranhill-SAJ Sdn Bhd, Berjaya Corp Bhd, IWH Sdn Bhd, WTC Holdings Bhd, Tropicana Corp Bhd, BCB Bhd, Coronade Properties, Country Garden Pacificview Sdn Bhd, YTL Corp Bhd, Southern Ads Sdn Bhd, Honest Sam Development Sdn Bhd, Mados Holdings, EquMed Sdn Bhd and Marche World (M) Sdn Bhd.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dermawan dan rakan yang tampil untuk membantu menyampaikan sumbangan kepada hospital-hospital di Johor bagi bersama membendung wabak COVID-19.

“Pada keadaan masa sekarang, apa yang penting ialah kerjasama semua pihak untuk bersama membendung penularan wabak COVID-19 serta membantu memberikan sumbangan keperluan hospital bagi membolehkan rawatan diberikan kepada pesakit,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO).

SULTAN OF JOHOR THANKS GENEROUS DONORS & FRIENDS FOR
SPONSORING MUCH-NEEDED VENTILATORS & OTHER MEDICAL EQUIPMENT

SULTAN IBRAHIM ZAHIR UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA DERMAWAN, RAKAN SUMBANG KEPERLUAN VENTILATOR DAN PERALATAN PERUBATAN…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Khamis, 26 Mac 2020

Komen Anda?