Pengerusi UMNO Negeri Dilantik Menteri Besar Johor Yang Baharu

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Hasni Mohammad selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor yang berlangsung pada 5.09 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Dari Facebook Hishammudin Hussein. Tahniah Pengerusi BPUN Johor yang juga sahabat baik saya, YAB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad atas perlantikan selaku Menteri Besar Johor yang baru!

InsyaAllah, sebagai anak Johor dan salah seorang Ketua UMNO Bahagian di Johor, saya sendiri akan bantu Datuk Hasni sehabis baik demi memastikan Kerajaan Negeri Johor kembali mempunyai hala tuju yang jelas dalam memajukan negeri serta mensejahterakan rakyat. 💪🏻

Photo by Hishammudin Hussein
Komen Anda?