Pengemar Aktiviti Lasak – RAF Point Zipline Adventures

RAF Point Zipline Adventures, Kg. Lukut, Kota Tinggi, Johor.

Jika anda sukakan aktiviti lasak atau berhasrat untuk mengadakan kem motivasi khas buat pelajar sekolah menengah dan rendah, cubalah di RAF Point Zipline Adventures yang terletak di Kota Tinggi ini.

Di RAF Point Zipline Adventures ini menyediakan pelbagai aktiviti lasak yang pasti mencabar mental dan fizikal anda termasuklah aktiviti memanah, ATV, Flying Fox dari pokok ke pokok sepanjang 560 meter, ‘night walk’, paintball atau jika berhasrat untuk mendaki Gunung Panti, di sini mereka ada menyediakan khidmat ‘guide jungle trekking’.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai RAF Point Zipline Adventures ini, bolehlah menghubungi :-

📍RAF Point Zipline Adventures
Lot 9662, Rancangan Sg. Sendayan
Mukim Lukut,
81900 Kota Tinggi, Johor
📞 +6017 744 7089 (Abang Man)

Sumber : Tourism Johor

https://www.facebook.com/groups/756184534558962/?ref=share

Komen Anda?