Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia di Dewan Alamanda, Savannah Hill Resort, Ulu Tiram, Johor

PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA

JohorBahru, 30 Ogos 2020 –YDH CP DATO’ AYOB KHAN BIN MYDIN PITCHAY, Ketua Polis Johor telah hadir ke Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia di Dewan Alamanda, Savannah Hill Resort, Ulu Tiram, Johor.

Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia tersebut telah disampaikan oleh YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia.

Pingat Jasa Malaysia adalah sebuah campaign medal yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda YDPA dan dikurniakan kepada mana-mana anggota ATM yang berkhidmat mulai 1 Jan 1969 – 17 Okt 1990 dikenali sebagai perkhidmatan semasa darurat kedua iaitu tempoh memerangi pengganas Komunis Malaysia. Majlis berlangsung dengan lancar, tiada ada sebarang gangguan atau aktiviti tidak diingini berlaku.

Turut Hadir YBhg DATUK MUEZ BIN ABDUL AZIZ, KSU Kementerian Pertahanan, YBhg JENERAL TAN SRI DATUK ZAMROSE BIN MOHD ZAIN, Panglima Tentera Darat ATM, Panglima – Panglima Perkhidmatan atau Wakil, Pegawai-Pegawai Kanan Tentera YDH SUPT. ISMAIL BIN DOLLAH, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Dif-Dif Jemputan /Kerajaan Negeri/Persekutuan serta 351 orang penerima pingat.

“Tahniah kepada semua Penerima Pingat” Anda adalah Wira Negara… Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan – Malaysia Prihatin

 68 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?