Penentuan Pingat Gangsa Bola Sepak Lelaki

Pemain negara memberikan segala-galanya yang termampu untuk menyaingi Vietnam, namun terpaksa akur gagal ke final bola sepak Sukan SEA 2021 selepas kalah tipis 1-0 dalam aksi sengit yang berlanjutan hingga ke masa tambahan, semalam.

Gol tunggal penyerang tuan rumah, Nguyen Tien Linh pada minit ke-111 memastikan kemaraan juara bertahan itu ke pentas akhir untuk bertemu Thailand yang terdahulu mengalahkan Indonesia 1-0 juga dalam saingan yang berlanjutan ke masa tambahan.

Perlawanan Seterusnya! (PENENTUAN PINGAT GANGSA)

Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2021 | Ahad, 22 Mei 2022

⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇮🇩 INDONESIA
🕔 5.00 petang (Waktu Malaysia)
🏟 Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam

‘Menyakitkan, tapi saya bangga dengan persembahan mereka’

“Menyakitkan tetapi saya bangga dengan persembahan pemain saya.”

Di petik dari Laman Berita Harian, Demikan rumusan pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney selepas misi skuad Harimau Muda untuk merebut ibu segala pingat pada Sukan SEA disekat juara bertahan yang juga tuan rumah, Vietnam di Hanoi malam tadi.

Jaringan tunggal pemain berusia 24 tahun, Nguyen Tien Linh pada minit ke-111 sudah cukup untuk menghantar skuad bimbingan Park Hang Seo itu mara ke final bertemu pemenang 16 pingat Sukan SEA, Thailand.

“Sudah tentu sukar untuk menerima (keputusan) apabila kita dibolosi jaringan lewat permainan. Tetapi kita perlu faham bahawa Vietnam adalah pasukan yang terbaik dalam pertandingan ini

“Pemain sudah bermain dengan sepenuh jiwa dan berikan apa yang mereka ada. Pemain beraksi tanpa rasa penat untuk 120 minit menentang pasukan yang sangat baik seperti Vietnam yang mempunyai fizikal dan ada kalanya beraksi dengan keras.

Pasukan Negara Tumpas Menentang Vietnam

“Tetapi pemain tidak pernah mengalah dan tetap berjuang. Jadi saya sangat berbangga dengan mereka,” kata Maloney.

Sebagai rekod, skuad negara tidak menggunakan khidmat tiga pemain lebih usia pada temasya kali ini memandangkan Sukan SEA menjadi medan persiapan sebelum mereka berentap ke Piala Asia B-23 di Uzbekistan, bulan depan.

Dalam masa sama, Maloney turut mengakui ketiadaan tonggak pertahanannya, Harith Haiqal Adam Afkar yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan sedikit merencatkan perancangan memandangkan mereka kehilangan pemimpin di barisan pertahanan.

“Harith adalah pemimpin dan dia menguruskan barisan pertahanannya dengan baik. Permainan yang keras menyebabkan ada beberapa pemain kita mengalami kecederaan termasuklah penjaga gol yang meneruskan perlawanan dalam kesakitan.

“Ia bukanlah satu situasi yang ideal tetapi saya rasa pemain yang menggantikan mereka turut beraksi dengan baik,” katanya.

Sumber : Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?