fbpx

Penduduk Simpang Renggam Diminta Bertenang, Patuh Arahan Pihak Berkuasa – Sultan Johor

PENDUDUK SIMPANG RENGGAM DIMINTA BERTENANG, PATUH ARAHAN PIHAK BERKUASA

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah meminta penduduk di dua kawasan di Simpang Renggam, Johor yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak tengah malam tadi supaya bertenang.

Justeru, Baginda Tuanku Sultan bertitah supaya penduduk-penduduk di kawasan terbabit juga dapat memberi kerjasama penuh kepada petugas-petugas perubatan serta sentiasa mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

“Saya amat berharap penduduk-penduduk di dua kawasan yang terbabit bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas perubatan bagi membendung jangkitan COVID-19 daripada menular ke kawasan lain.

“Saya amat menitikberatkan kesihatan anda semua dan sentiasa mendoakan keselamatan serta kesejahteraan rakyat,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office.

Dilaporkan dua kawasan terbabit ialah Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam.

PENDUDUK SIMPANG RENGGAM DIMINTA BERTENANG, PATUH ARAHAN PIHAK BERKUASA DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni…

Posted by The Royal Johor on Khamis, 26 Mac 2020

Komen Anda?