fbpx

Pencemaran Bau Di Pasir Gudang, 16 Buah Sekolah Ditutup Empat Hari

PERKEMBANGAN TERKINI ISU PENCEMARAN BAU DI KAWASAN PASIR GUDANG, JOHOR

Jawatankuasa Teknikal dan Saintifik telah memutuskan sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan pencemaran bau di kawasan Pasir Gudang ditutup empat (4) hari mulai 24 hingga 27 Jun 2019 (Isnin hingga Khamis).

Sekolah terbabit termasuklah:

* SK BUKIT DAHLIA

* SK TAMAN CAHAYA MASAI

* SK FELDA CAHAYA BARU

* SK KONG KONG LAUT

* SK TAMAN NUSA DAMAI

* SK KOPOK

* SK KOTA MASAI 3

* SK TAMAN CENDANA

* SMK TAMAN NUSA DAMAI

* SMK PASIR GUDANG

* SMK KOTA MASAI

* SJK (T) PASIR GUDANG

* SK TAMAN SCIENTEX

* SMK TAMAN SCIENTEX

* SK PASIR GUDANG 4 (ditutup mulai hari ini)

* SMK PASIR GUDANG 2 (ditutup mulai hari ini)

Kenyataan media penuh yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, YB Tuan Mohd Khuzzan Abu Bakar adalah seperti dilampirkan.

Terima kasih

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Kenyataan media insiden pencemaran bau di sekitar kawasan Pasir Gudang, Johor.

Dengan ini secara rasminya, 16 buah sekolah sekitar Pasir Gudang ini akan ditutup sehingga 27/6/2019, Khamis

Kami bagi pihak ibu bapa dan guru mohon anak2 sentiasa mengamalkan langkah keselamatan bagi mengelakkan kesihatan para ibu ayah dan anak terjejas

Dengan berbaki kurang 100 hari lagi untuk UPSR, PT3, SPM, SPM (U) dan MUET, moga diberi kemudahan kepada semua untuk menghadapinya dengan tenang dan mudah..aminn Ya Allah

#prayforpasirgudang

Komen Anda?
Related Post
Tersentuh Hati Kecil Ini Bila Pertama Kali Bersua Mata Dengan Anakanda Khairunnisa

“BILA Khairunnisa dah berjaya nanti, jangan lupa bawa mak ayah jumpa pakcik ya!” Demikian pesanan Read more

Sekolah Pertama Di Negara Ini Memperkenalkan Sistem Imbasan Mata, SK Taman Perling Johor

Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru perkenal penggunaan sistem pengimbas wajah bagi merekodkan kehadiran murid Read more

Undang Sebak Apabila Murid Darjah 1 Pimpin Mak Ayah Buta Tunjuk Sekolah

Satu perkongsian oleh seorang guru, Nadwa Nasir, melalui laman facebooknya ternyata mengundang hiba ramai. Di Read more

Polis Seremban Siasat Kes Budak Sekolah Bergaduh

Polis Seremban Siasat Kes Budak Sekolah Bergaduh Polis Seremban sedang menyiasat kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan Read more