Pencarian Sukarelawan Bagi Misi Bantuan

Pencarian sukarelawan bagi Misi Bantuan Bakul Makanan Pakej Permai dan YJDT Save Earth and Clean Campaign diperlukan segera!

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (JKMNJ) telah memilih Yayasan JDT sebagai rakan strategik untuk melaksanakan program agihan bantuan bakul makanan kepada setiap isi rumah yang layak di seluruh negeri Johor.

Yayasan JDT juga akan menganjurkan satu lagi program CSR iaitu YJDT Save Earth and Clean Campaign dimana aktiviti pembersihan pantai dan lukisan mural di sekitar Pulau Tinggi akan dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kebersihan alam sekitar.

Sehubungan itu, kami mencari sukarelawan yang berminat. Pencarian ini adalah terbuka kepada orang awam yang sihat tubuh badan. Untuk makluman, makanan dan cenderahati turut akan disediakan kepada para sukarelawan.

Yayasan JDT juga memohon para penyumbang Yayasan JDT untuk turut sama menyebarkan dan mewar-warkan hal ini kepada kenalan dan rakan-rakan untuk sama-sama menyertai bantuan ini.

Bagi sesiapa yang berkelapangan dan sukarela ingin sama-sama berganding bahu boleh mendaftarkan diri di https://sukarelawan.yayasanjdt.my/. Terima kasih!

Photo by Yayasan JDT

Sumber : Yayasan JDT

 33 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?