Pencarian Sukarelawan Bagi Misi Bantuan Pasca Banjir

Pencarian sukarelawan bagi Misi Bantuan Pasca Banjir diperlukan segera!

Yayasan JDT dibawah program Y.J.D.T HERO akan menganjurkan satu lagi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu program pembersihan rumah para penyumbang Yayasan JDT yang terjejas akibat banjir. Untuk makluman juga, misi ini akan memberi fokus di daerah Kota Tinggi.

Sehubungan itu, kami mencari sukarelawan yang berminat. Pencarian ini adalah terbuka kepada orang awam yang sihat tubuh badan. Untuk makluman, makanan dan token turut akan disediakan kepada para sukarelawan.

Yayasan JDT juga memohon para penyumbang Yayasan JDT untuk turut sama menyebarkan dan mewar-warkan hal ini kepada kenalan dan rakan-rakan untuk sama-sama menyertai ‘Misi Bantuan Pasca Banjir’ ini. Anda juga boleh menyalurkan sumbangan seperti pakaian dan alatan pembersihan serta peralatan lain-lain yang bersesuaian.

Bagi sesiapa yang berkelapangan dan sukarela ingin sama-sama berganding bahu membersihkan rumah mangsa banjir boleh hubungi kami di talian 07-338 3747 atau WhatsApp maklumat anda di talian 011-70717043

Sumber : Yayasan JDT

Komen Anda?