Penang FC Mara Ke Separuh Akhir Piala FA 2022

Penang FC layak ke separuh akhir setelah mencatat kemenangan 5-2 ke atas Sri Pahang FC pada perlawanan suku akhir Piala FA di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Penang FC yang berada dalam kumpulan Suku akhir 4 akan berhadapan pasukan suku akhir 3 JDT sebagai pasukan pelawat.

Penang FC bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk mara ke separuh akhir hasil jaringan T. Saravanan, Hilal El-Helwe (2 gol), Lucas Silva dan K. Thivandaran.

Aksi suku akhir itu menyaksikan permainan diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan seri 2-2 sebaik tamat 90 minit perlawanan.

Pada perlawanan itu, Sri Pahang harus menyalahkan diri sendiri kerana bermula cemerlang apabila menjaringkan gol pendahuluan hasil sentuhan Steven Rodriguez selepas menewaskan penjaga gol lawan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy pada minit ke-11.

Selang dua minit, pemain pertahanan Sri Pahang, Azwan Aripin menjaringkan gol kedua buat skuad itu hasil rembatan dari luar kotak penalti sekali gus menewaskan Hafizul Hakim buat kali kedua.

12′ GOL | Tandukan Steven Rodriguez meletakkan Sri Pahang di depan!

20′ GOL | Azwan Aripin menggandakan kelebihan tuan rumah menerusi rembatan kencang ini!

Ketinggalan 2-0, Penang menggandakan asakan ke kubu Sri Pahang untuk mengurangkan defisit gol tetapi berjaya disekat jentera pertahanan tuan rumah.

Tidak mengenal erti putus asa, pasukan lawan akhirnya berjaya merapatkan jurang gol 1-2 hasil jaringan pemain tengah, T Saravanan pada minit ke-45.

45+2′ GOL | T. Saravanan merapatkan kedudukan untuk Penang FC sebelum tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Penang yang ketinggalan 1-2 terus memberi tekanan kepada tuan rumah untuk mencari gol penyamaan.

Pada minit ke-72, bola tendangan penyerang import Penang, Hilal Alhelwe hampir membolosi gawang tuan rumah tetapi ketangkasan penjaga gol tuan rumah, Mamadou Samassa menyelamatkan gawang daripada dibolosi.

Sri Pahang hampir mendapat gol ketiga menerusi Manuel Hidalgo tetapi bola tendangan pemain import itu ditepis keluar Hafizul Hakim pada minit ke-79.

Pada minit ke-86, Penang berjaya menjaringkan gol

86′ GOL | Penang berjaya mengikat kedudukan 2-2 hasil tandukan Hilal El-Helwe!

Di penghujung permainan, Sri Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Ashar Al Aafiz Abdullah dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, S Logeswaran selepas mengasari Muhammad Adib Abdul Ra’op.

Keputusan seri 2-2 kekal sehingga tamat 90 minit permainan sekali gus perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Beraksi pada masa tambahan, Penang berjaya menjaringkan dua gol pantas hasil sentuhan Espindola dan Hilal pada minit ke-96 dan 98.

96′ GOL | Lucas Silva meletakkan Penang FC di depan pada masa tambahan!

99′ GOL | Hilal El-Helwe menambah gol keempat Penang FC!

Pada minit ke-104, Hidalgo dilayangkan kad merah yang menyaksikan Sri Pahang beraksi dengan sembilan pemain.

Kekurangan dua pemain menyaksikan Penang berjaya menambah gol kelima hasil jaringan K Thivandaran pada minit ke-116.

118′ GOL | K. Thivandaran melengkapkan kemenangan Penang FC dengan gol kelima.

Sumber : Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?