fbpx

Peminat Cilik Harimau Malaya, Omar Bin Saiful Razman Menerima Kejutan Bertemu Dengan Sumareh

VIDEO: Peminat cilik Harimau Malaya, Omar Bin Saiful Razman, 8, menerima kejutan hari ini apabila diberi peluang bertemu dengan Mohamadou Sumareh dan beberapa pemain skuad Harimau Malaya untuk menerima tiket menyaksikan perlawanan menentang UAE, Selasa ini.

Bertuahnya Saiful Omar…

TERKEJUT dan hilang kata-kata. Itu situasi dialami peminat cilik skuad Harimau Malaya, Saiful Omar Razman, 8, sebaik dipertemukan dengan pemain idolanya, Mohamadou Sumareh di sebuah hotel terkemuka di Seri Kembangan, hari ini.

Detik pertemuan bersejarah itu dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi akaun Facebook rasmi persatuan itu, 10.30 pagi hari ini.

Dalam video berdurasi 4 minit 40 saat itu, Sumareh turut disertai kapten Harimau Malaya yang juga penjaga gol, Farizal Marlias bersama pemain pertahanan, Shahrul Saad dan penyerang, Syafiq Ahmad.

Tanpa melengahkan masa, Omar yang ditemani ibunya, pelakon Nadiya Nisaa terus menyerahkan lukisan dan kad ucapan mengandungi kata-kata semangat daripada Omar dan rakannya.

“Saya nampak video awak. Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada ibu awak. Saya peminat awak dan seluruh keluarga awak,” kata Sumareh.

Pemain Pahang berasal dari Gambia itu turut menyerahkan beberapa keping tiket kepada Omar untuk menyaksikan perlawanan menentang UAE di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.

Sumareh berkata, dia sangat beremosi ketika menonton video tular tempoh hari yang menunjukkan reaksi penuh bersemangat Omar meraikan kemenangan Malaysia menewaskan Indonesia 3-2, Khamis lalu.

“Saya gementar untuk bertemu dengan Omar pada hari ini,” luah pemain itu dan mengajak Omar mengiringinya masuk ke padang sebelum perlawanan bermula pada Selasa ini.

Dalam pada itu, selain mengucapkan ‘Good Luck’, Omar mengambil kesempatan berkongsi tips kepada skuad kebangsaan terutama cara menumpaskan pasukan UAE.

Apatah lagi sebelum pertemuan itu, Nadiya memberitahu, Omar sudah melakukan carian di Google mengenai corak permainan UAE.

“Omar tahu perlawanan seterusnya adalah menentang UAE dan sejak dari itu, dia mula ‘Google’ mencari kelemahan pasukan lawan.

“Dia risau sebab UAE pernah kalahkan Malaysia sebelum ini, tapi saya bagi semangat mungkin Malaysia boleh menang sebab bermain di negara sendiri sambil menyuruhnya berdoa banyak-banyak setiap kali solat supaya Harimau Malaya menang.

“Dia beritahu kalau jumpa pemain Harimau Malaya, dia nak kongsi tips itu supaya mereka dapat menambah baik corak permainan pada Selasa nanti,” kata Nadiya.

Pada pertemuan yang diaturkan FAM itu, Omar turut menerima jersi yang ditandatangani Sumareh.

Sumber : Harian Metro

Komen Anda?
Related Post
Datuk Ong Kim Swee Yakin Bahawa Peluang Malaysia Masih Terbuka

MANILA, 27 Nov -- Ketua jurulatih pasukan bola sepak negara, Datuk Ong Kim Swee yakin Read more

Jersi Harimau Malaya, JDT Buat Mufti Wilayah

KEJUTAN DARIPADA ISTANA NEGARA Menerima kunjungan mengejut wakil Istana Negara menyerahkan beg yang penuh dengan Read more

Wira Harimau Malaya, Safawi Rasid Membuat Kejutan

?Wira Harimau Malaya, Safawi Rasid membuat kejutan? Beliau beserta keluarga membuat kunjungan bagi menyerahkan sumbangan Read more

Sepakan Kaki Kiri Safawi Rasid Berjaya Menumpaskan Indonesia

Dua gol daripada penyerang sensasi negara, Muhammad Safawi Rasid meleburkan impian skuad Garuda untuk cuba Read more