Pemegang Pas Bermusim Dibenarkan Menghadiri Perlawanan JDT Menentang Melaka United

Tahun lepas Langkah kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memberikan pas bermusim secara percuma pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021 kepada pemegang pass 2020 disambut baik penyokong Harimau Selatan dan ini membuktikan betapa kelab berkenaan begitu menghargai sokongan penyokong. Saingan Liga M tertangguh akibat pandemik COVID-19 sejak 16 Mac tahun lepas yang mengakibatkan semua perlawanan ditangguhkan, menyaksikan penyokong tidak dapat hadir ke stadium.

Photo by JST

Hari ini, menerusi laman rasmi JDT, Johor Southern Tigers mengumumkan setiap pemegang pas bermusim sahaja yang dibenarkan menghadiri perlawanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim JDT menentang Melaka United pada hari Jumaat, 2 April 2021

Jumlah kemasukan penonton bergantung kepada lapisan peringkat PKP. Bagi Johor, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana dilanjutkan 1 April 2021 Sehingga 14 April 2021 pula menyaksikan 10 peratus atau maksima 2,000 penonton dibenarkan.

Dua perlawanan Liga Super keenam iaitu pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Melaka United FC pada 2 April 2021 dan Kuala Lumpur City FC bertemu Sabah FC pada 3 April 2021 bakal dijadikan projek perintis bagi perlawanan kemasukan penonton pada Liga Malaysia musim ini.

“Ini adalah satu petanda positif kepada semua penyokong terutama industri bola sepak sendiri di mana hanya kejohanan bola sepak sahaja dibenarkan penonton ke stadium.

JDT LAWAN MELAKA UNITED — INFO KEMASUKAN PENYOKONG

Hanya pemegang pas bermusim sahaja yang dibenarkan menghadiri perlawanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim JDT menentang Melaka United pada hari Jumaat, 2 April 2021 berikutan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang membenarkan hanya 2,000 penyokong sahaja.

Kesemua pemegang Pas Bermusim Platinum dibenarkan untuk masuk dan hanya perlu hadir di Stadium Sultan Ibrahim pada hari perlawanan dengan membawa pas bermusim masing-masing.

Bagaimanapun, jumlah yang dibenarkan untuk pemegang Pas Bermusim Gold adalah terhad ekoran syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Malaysia Football League.

Pemegang Pas Bermusim Gold perlu mengambil QR Code (pas masuk) di kaunter pandu lalu di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos pada hari Khamis (12 tengah hari hingga 8 malam) atau hari Jumaat (10 pagi hingga 1 petang) tertakluk kepada jumlah sedia ada. Kad Pas Bermusim perlu ditunjukkan dan pengambilan oleh pihak ketiga dibenarkan jika kad pas bermusim ditunjukkan. Satu pas bermusim layak untuk mendapat satu QR Code sahaja.

Pemegang Pas Bermusim Gold perlu kekal di dalam kenderaan ketika pandu lalu kerana tiada kaunter fizikal disediakan. Hanya mereka yang mempunyai QR Code atau kad Pas Bermusim Platinum sahaja dibenarkan untuk berada di kawasan Stadium Sultan Ibrahim pada hari perlawanan. Luaskan Kuasamu Johor.

Sama-sama kita mengekalkan pematuhan SOP dalam misi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 dan ingatlah bahawa jangan kita sesekali tidak memanfaatkan peluang ini selepas pihak kerajaan membenarkan penonton ke stadium,

Sebagai peringatan, berikut adalah SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Malaysian Football League (MFL) yang wajib dipatuhi oleh penonton.

Hidup Johor Demi Johor

Terima Kasih TMJ, Walaupun admin bukan pemegang “Season Pass” tapi tetap menyokong Dari Rumah. Sama2 kita nantikan Projek Perintis Kemasukan Penonton Ini Mencapai Objektif seterusnya para penyokong dapat kembali ke Stadium seperti biasa Mengikut SOP yang ditetapkan… Amin

🔥 Aksi Liga Super kembali pada Jumaat ini! Saksikan siaran langsung Kuala Lumpur City FC lwn Sabah FC di TV1 dan Sukan RTM, serta semua perlawanan LS6 di:
📺 unifi TV 701-705
📲 aplikasi unifi playTV
▶️ YouTube unifi

Perlawanan lain masih akan dijalankan tanpa penonton.

Photo by MFL

 108 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?