Pemberian Bonus Atas Kejayaan Skuad B-14 JDT Menjuarai Laliga Youth Tournament

Pengumuman pemberian bonus atas kejayaan Skuad B-14 menjuarai Laliga Youth Tournament menerusi gambar yang dimuatnaik di laman Rasmi Twitter Johor Southern Tigers.

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UCAP TAHNIAH DAN MEMBERI BONUS KEPADA JDT B14 ATAS KEJAYAAN MENJUARAI LALIGA YOUTH TOURNAMENT

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengucapkan tahniah dan memberi bonus sebagai tanda penghargaan kepada skuad Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) Bawah-14 atas kejayaan menjuarai Laliga Youth Tournament pada bulan Julai.

Pemberian bonus tersebut disampaikan oleh Alistair Edwards, Pengarah Teknikal JDT, Martin Prest, Pengarah Sukan JDT dan Hector Bidoglio, Ketua Jurulatih pasukan senior mewakili DYAM Tunku Ismail dan JDT.

Ini merupakan kejayaan ketiga pada 2022 untuk Akademi JDT selepas kemenangan dalam Milo Challenger Cup (B14) dan Yakult Aidil Zaquan Cup (B13). Akademi JDT telah memenangi 13 kejuaraan domestik dan antarabangsa sejak 2018. Luaskan Kuasamu Johor.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: