Pemandu Ambulans Mohd Fariz Anuar, Wira 30 Nyawa

En.Mohd Fariz Bin Anuar (driver van ambulans KKPG). Kelmarin, beliau la yg banyak berkomunikasi dgn kami. Membantu kami, anak2 murid kami. Beliau berlari ke sana ke sini, mencari dan mencatat nama pelajar yg rebah, sesak nafas. Membantu mengangkat n memapah pelajar ke van ambulans. Jasanya sangat besar utk kami warga Smkpp. Tapi semalam…aku melihatnya kaku, senyap, di bilik ICU, HSI. Ku cuba panggil beliau perlahan2, tapi tiada respon. Allahuakbar, tidak dpt ku menahan air mata ini. Wpun kami baru mengenalinya beberapa jam, tapi beliau dah mcm rapat dgn kami semua. Bekerja kuat dan gigih sangat dia kelmarin. Tapi harini, Allah swt beri dia rehat sebentar dibilik ini. Diberitahu, dalam 5 orang yg berada dibilik ICU, beliau yg paling teruk sbb bahan kimia dh pergi ke buah pinggangnya?. Keluar dari bilik ICU, berjumpa plak dgn isteri, anak dan Maknya yg dah berjujuran air mata. Sedih yg amat terlihat di mata Ibunya..2 anaknya berada dlm ICU. Adik En.Fariz berada dlm ICU Kulai krn jangkitan kuman dlm otak. Allahuakbar, sekali lagi air mata ini x dpt dibendung?. Ya Allah, Ya Tuhanku…sembuhkan la En.Mohd Fariz Bin Anuar, semoga beliau kembali sihat seperti sediakala sblm kejadian ini berlaku. Ya Allah…perkenankanla doa kami ini…Aamiin. Mohon rakan2 fb ku di luar sana doakan En.Mohd Faris Bin Anuar semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan beliau.

Sumber : Rosmini Yaakub

Wira 30 nyawa

PEMANDU ambulans, Mohd Fariz Anuar, 44, yang dianggap hero selepas membantu menyelamatkan lebih 30 pelajar sekolah menengah dan murid sekolah rendah yang terhidu gas beracun metana Khamis lalu, kini terlantar di hospital.

Mangsa dimaklumkan tidak sedarkan diri selepas terhidu gas sama menyebabkan paru-parunya gagal berfungsi dengan sempurna.

Isterinya, Hanisah Alias, 45, berkata, kali terakhir dia berbual dengan suami menerusi telefon bimbit ketika Mohd Fariz dalam perjalanan ke sebuah sekolah di Pasir Gudang untuk membantu pelajar yang mengalami keracunan akibat gas itu pada jam 10 pagi Khamis lalu.

Menurutnya, Mohd Fariz memberitahu sibuk membantu mangsa dan memaklumkan akan menghubungi kembali pada tengah hari selepas selesai tugasan.

“Malangnya pada jam 2.30 petang, saya menerima panggilan daripada rakan sekerja suami memaklumkan Mohd Fariz dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat komplikasi kesihatan,” katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, dia dimaklumkan suami yang memandu ambulans ketika kejadian turut membantu ramai mangsa membabitkan murid dan pelajar yang pengsan akibat terhidu gas beracun itu.

“Difahamkan, dia memakai penutup hidung dan mulut ketika itu, namun kemungkinan terdedah lama kepada udara tercemar menyebabkan dia turut menjadi mangsa,” katanya yang tinggal di Taman Scientex, Masai di sini.

Hanisah berkata, akibat terhidu gas beracun itu, suaminya mengalami bengkak pada paru-paru selain masalah pada buah pinggangnya.

“Suami masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia turut menjalani dialisis buah pinggang bagi membersih dan menyingkir racun yang mengancam organ berkenaan.

“Ini kali pertama suami menghadapi masalah seumpama itu sepanjang bekerja. Saya reda dengan dugaan Allah SWT. Semoga Tuhan segera menyembuhkan penyakitnya,” katanya.

Menurutnya, suami yang dirawat di ICU mula sedarkan diri petang semalam dan menunjukkan perkembangan positif.

“Anak-anak dan saya masih memerlukannya. Dia bapa penyayang dan amat berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga atau ketika bekerja.

“Malah, kami bergantung kepadanya untuk membiayai pengajian dua anak berusia 19 dan 20 tahun di Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang selain dua lagi anak di tahun lima dan enam.

“Saya turut bekerja sebagai pembantu pembangunan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk membantu menambah pendapatan keluarga,” katanya.

Orang ramai yang mahu meringankan beban keluarga Mohd Fariz boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB Hanisah di 7072150611.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz mengesahkan seorang daripada mangsa keracunan gas yang juga pemandu ambulans masih dirawat di ICU dan keadaannya bertambah baik berbanding hari pertama kejadian.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) dia sudah sedar dan boleh bernafas sendiri. Sebelum ini, dia tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Bagaimanapun, keadaannya bertambah baik dan hanya paru-parunya yang berdepan masalah, tiada organ lain. Kami memantau perkembangannya sama seperti pesakit lain dan melihat dia menunjukkan tanda positif,” katanya.

Sementara itu Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan melawat Mohd Fariz di HSI di Johor Bahru, kelmarin.

Sumber : Harian Metro

[DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor bertanya tentang keadaan kesihatan saudara Mohd Fariz Anuar (salah seorang mangsa keracunan gas metana di Pasir Gudang dan juga seorang pemandu ambulan Klinik Kesihatan Pasir Gudang).]

Mengapa apabila kita atau ahli keluarga sakit, kita buat hebahan mohon doa kawan-kawan?

Sebab kita takkan pernah tahu doa siapa antara kita yang makbul dan diterima Allah. Dalam media sosial ini ada keluarga, cikgu, ustaz ustazah kita sejak sekolah rendah.. mereka yang kita pernah bersua muka atau belum pernah bersua muka, ada yang soleh dan solehah, ada jiran, ada rakan, kawan dan sahabat.

Jangan malu merendahkan diri mohon doa orang.. tak rugi..

Wallahuaklam.

Komen Anda?