Pemain Tidak Mengenal Erti Putus Asa

JDT merampas kembali kedudukan pendahulu Liga Super selepas menewaskan Negeri Sembilan FC 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Beberapa peluang berjaya dicipta oleh JDT namun penjaga gol Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi beraksi cemerlang di gawang gol tuan rumah.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Fernando Forestieri, yang melepaskan rembatan melencong dari luar kotak penalti pada minit ke 90″+10″ masa kecederaan

‘Negeri Sembilan sukarkan kami’ – Mora

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora memuji persembahan Fernando Martin Forestiere yang berjaya menyelamatkan maruah pasukan itu hasil jaringan tunggal menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC), 1-0, dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Di Petik dari Laman Harian Metro, Sambil mengakui aksi luar biasa dipamerkan anak buah K Devan dalam pertembungan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Mora menyifatkan Fernando adalah pemain terbaik buat skuad bimbingannya malam tadi.

“Fernando muncul penyelamat bagi kita dan dia adalah pemain terbaik malam ini (malam tadi). Apa yang jelas perlawanan malam ini adalah sukar dengan tentangan sengit diberikan Negeri Sembilan.

“Sangat mencabar, Negeri Sembilan sebuah pasukan yang bagus, semangat dan mentaliti pemain mereka yang baik hingga menyukarkan kita untuk mendapatkan gol terutama pada separuh masa pertama.

“Biarpun kita berjaya melakukan serangan tapi mereka berjaya bertahan dengan baik,” katanya selepas perlawanan malam tadi.

Ketika perlawanan dilihat hampir mencatatkan keputusan seri, Forestiere muncul wira JDT apabila melakukan sepakan cantik dari jarak kira-kira 30 meter dari luar kotak penalti, yang menerjah di penjuru gawang gol NSFC ketika masa tambahan 10 minit pada penghujung perlawanan.

Kemenangan itu meletakkan JDT kembali menerajui carta Liga Super selepas menghimpun 15 mata hasil lima kemenangan berturut-turut, manakala NSFC di tangga kedua dengan 14 mata selepas melalui tujuh perlawanan.

Mora menyifatkan sikap tidak berputus asa anak buahnya untuk mendapatkan gol walaupun dalam masa tambahan dan sebelum wisel penamat ditiupkan pengadil, antara faktor utama yang membantu jaringan kemenangan itu.

“Pemain saya tidak mengenal erti putus asa untuk mendapatkan gol dan usaha itu dilakukan sehingga ke penghujung saingan, jadi inilah yang saya bangga dengan pemain saya bila mereka berlawan.

“Jika kami gagal ia adalah masa yang terbuang bagi kami dan saya rasa itu adalah sesuatu yang membazir dan kami anggap tidak pernah berlaku.

“Dari situ kami sentiasa meningkatkan mutu latihan dan persembahan, namun itu bergantung kepada diri pemain itu sendiri. Tahniah kepada peminat kami di Johor,” katanya.

Mengenai tambahan masa sehingga 10 minit pada separuh masa kedua diberikan pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin, Mora berkata, perkara itu adalah di bawah kuasa pengadil.

“Ia perkara biasa dan beliau (pengadil) sendiri ada asas tertentu untuk menetapkan tempoh tambahan masa,” katanya. Sumber : Harian Metro

Rekod tanpa kalah Negeri Sembilan Football Club musim ini lebur dan Johor Darul Ta’zim kembali merampas kedudukan pertama

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: